Sunday, 10 June 2012

Tak Kenal Maka Tak Cinta

Sejarah Penubuhan
Menyedari bahawa pendidikan dan tarbiah adalah gabungan antara ilmu, amal, iman dan penghayatan yang ikhlas, suatu daya usaha yang berterusan digerak dan digarapkan dengan dokongan mereka yang prihatin, bertanggungjawab dan menghayati roh jihad serta komited yang jitu dari segenap lapisan masyarakat maka Pondok Darul Ilmi (PDI) telah ditubuhkan pada tahun 1985 oleh al-Marhum Tuan Guru Hj Mohammad bin Che Long ( 1924 – 31.1.1998 ) dengan didokong oleh beberapa orang pembantu yang mencurahkan seluruh daya, usaha, keringat idea dan pengorbanan yang mana bukan sedikit mehnah dan tribulasi yang terpaksa dilalui bukan sekali dua cabaran yang terpaksa diatasi dan bukan mudah denai beranjau yang terpaksa direntas
Dengan tertubuhnya Pondok Darul Ilmi (PDI) yang merupakan pondok tunggal di Daerah Tanah Merah ketika itu maka suatu medan yang subur sebagai pusat penyebaran ilmu dan penghayatan amal yang ikhlas dapat dilihat tersergam gagah setelah sekian lama daerah ini ketandusan pusat pengajian agama seumpama ini
Meski pun Allah lebih menyayangi al-Marhum Tuan Guru Hj Mohammad yang meninggal dunia pada 31 Januari 1998 namun roh jihad yang dirintis oleh beliau tidak dibiarkan pupus dan mati sebaliknya diteruskan oleh menantunya Ustaz Hj Mohamad bin Awang yang mengambil alih pentadbiran
  Objektif Penubuhan
  1. Melahirkan pelajar yang cemerlang dalam akademik dan syakhsiyyah
  2. Melahirkan pelajar yang mampu menjadi pemimpin
  3. Melahirkan pelajar cemerlang dalam menguasai bahasa-bahasa utama selain Melayu iaitu Arab dan Inggeris
  4. Melahirkan pelajar yang mampu menguasai kitab turath
  5. Melahirkan pelajar muslim yang berwibawa dari segi akhlak, syakhsiyyah, keterampilan diri dan emosi
  6. Melahirkan masyarakat yang prihatin dalam memahami Islam sebagai ad-Din yang syumul
  7. Melahirkan intelektual yang mempunyai ilmu yang boleh menangani permasalahan semasa masyarakat dalam segenap bidang kehidupan
  8. Membentuk dan melahirkan golongan mukmin yang patuh kepada system hidup Islam dan peraturan masyarakat yang tidak bercanggah dengan al-Quran dan as-Sunnah
  9. Melahirkan muslim yang celik al-Quran dan dapat menghayatinya dalam segenap bidang kehidupan
Lokasi
  Pondok Darul Ilmi (PDI) terletak di Kg Bukit Gading, 17500 Tanah Merah, Kelantan kira-kira 8 km dari Pusat Bandar Tanah Merah di atas sebidang tanah seluas 5 ekar persegi.

Masjid Pondok Darul Ilmi

Perancangan

Posted by epondok di Mei 9, 2008

Perancangan kemajuan

 
  1. Menganjurkan program Pengajian Berkembar yang menempatkan sejumlah pelajar yang memenuhi kriteria yang ditetapkan terutama daripada SMU Padang Siam, Tanah Merah di asrama Pondok Darul Ilmi bagi mengikuti pengajian pondok dan dalam masa yang sama mengikuti pengajian biasa di sekolah mereka
  2. Menggiatkan usaha ke arah memantapkan ekonomi pondok agar dapat menguruskan segala kegiatan yang dirancang dengan lancar dan berkesan
  3. Merangka program pendidikan dan kebajikan yang berterusan dari masa ke semasa
  4. Mengadakan program umum kepada masyarakat luar terutama pelajar sekolah setiap kali musim cuti sekolah selama 2 – 3 minggu
  5. Menyusun dan mengatur serta memastikan persekitaran pondok yang kondusif ke arah menarik perhatian semua pihak sebagai menepati kehendak kerajaan negeri yang menyarankan agar pondok dapat menjadi salah suatu daripada produk pelancongan

Kemudahan Asas

Posted by epondok di Mei 9, 2008
Kemudahan asas
 
  1. Masjid Darul Ilmi yang diperbesarkan oleh seorang dermawan yang siap dibina pada tahun 2003 dan perasmiannya disempurnakan oleh YAB Tuan Guru Dato’ Menteri Besar Kelantan pada 5 Disember 2003M bersamaan 11 Syawal 1424H.
  2. Sebuah blok asrama
  3. Sebuah bangunan sekolah untuk pengajian yang siap dibina pada 1992
  4. Dewan serbaguna sempena lawatan DYMM Sultan Kelantan pada 31 Mac 2006
  5. 127 buah pondok penginapan
  6. 4 buah rumah guru
  7. Bangunan pejabat
 
Tenaga Pengajar
 
Terdapat 6 orang tenaga pengajar yang mengendalikan kuliah di pondok ini dan seorang guru pelawat. Kesemua tenaga pengajar memberikan kuliah secara berjadual di 3 tempat iaitu majis, madrasah dan dewan serbaguna
 
Penghuni dan Pelajar Pondok
 
Jumlah penghuni pondok kini seramai 153 orang Muslimat dan 60 orang muslimin. Manakala pelajar bujang pula seramai 45 orang. Kawasan pondok terbahagi kepada 3 bahagian iaitu pondok kelamin, muslimat janda dan muslimin duda. Para pelajar bujang pula tinggal di asrama
 

Pengasas Pondok Bukit Gading

Posted by epondok di Mei 9, 2008
Pengasas Pondok Darul Ilmi (PDI)
 
Nama : Tuan Guru Hj Mohammad bin Che Long ( 1924 – 31.1.1998 )
 
Pengajian :
 
a.     Pondok Bunut Payung, Kota Bharu selama 12 tahun mula 1938
b.     Mekah dari 1951 – 1955
 
Antara gurunya
 
1.      Tuan Guru Hj Abdullah Tahir Bunut Payung
2.      Tuan Guru Hj Budin Sumatera
3.      Tuan Guru Hj Ismail Mufti Kelantan
 
Mekah
 
1.      Tuan Guru Syeikh Daud Kelantani
2.      Tuan Guru Syeikh Abdul Kadir Mandili
3.      Tuan Guru Syeikh Yasin Padang
4.      Tuan Guru Syeikh Hassan Ahmad Marsyat
5.      Tuan Guru Tok Ahyad
6.      Tuan Guru Tok Afnam 

 Sumber:

.: Rindu Udara di Sana :.

Bismillahirrahmanirraheem..

Suasana itu mendidik kami, ya, udara Darul Ilmi mendidik kami...
Benarlah, anak akan terdidik dengan persekitaran dan tempat mereka membesar...perkembangan minda dan emosi...Alhamdulillah.. _rinduudaradarulilmi_



Scene 1:

* Terdengar bunyi bacaan Al-Quran dari Masjid Darul Ilmi yang berhampiran rumah, Surah At-Taubah bacaan Imam Sa'ad Said Al-Ghamidi.. " SubahanAllah, dah nak subuh ke?".. rasa mcm baru mula stay up nak hafal beberapa matapelajaran pagi itu... tak sedar subuh menghampiri... khusyuk mentelaah di sana..
_indahnya udara subuh itu_

Scene 2:

* Turun dari masjid, terpegun sendirian, menyaksikan pak cik-pakcik, tok-tok ayah, ayah-ayah aji setia menunggu du hadapan tangga masjid sebelah muslimat. Tunggu sape lagi??..ahaa, tunggu mak-mak aji diorang laa... Sweeeett!!..=)
* Kadang-kadang tu, ada yang carikan selipar mak aji beliau siap-siap..hmm, takut mak aji tertukar selipar dengan orang lain.. hakikatnya, mata ayah aji bukanlah nampak sangat jugak, cuma rasa bertanggungjawab mungkin..hmm..~~.
 _Allah, indah..=).. bahagia hidup beribadah bersama sehingga ke tua.. Rahmati mereka Ya Allah._



Masjid Pondok Darul Ilmi, Bukit Gading.


Scene 3:

* Assalamualaikum, Mok Aji.. Nak ngaji Quran ni... aahh..naik-naik... selesai mengaji Quran... " Eah ikut mok aji baca Hukum Akal deh, ngapa nga mok aji.." aku hanya bersetuju.. (hukum akal tu bende apa?..x tw apa2 pun waktu itu..huh).. "....adapun wujud itu ertinya ada, ada Allah ta'ala itu tidak seperti adanya makhluk ini....." (lepas masuk Maahad Ahmadi, baru tahu, rupanya hukum akal tu adalah Ilmu Tauhid, ilmu fardu ain yang wajib diketahui oleh setiap individu muslim.. aduh, menyesalnya x hafal betul-betul..)
_rindu kenangan2 dengan Mok Aji.. Al-Fatihah buat Mok Aji Awo_


Scene 4:

* Terdengar azan dari Masjid Darul Ilmi,."eh, kul brapo ni?".. terus mencari jam.. baru kul 3lebih petang..bakpo azan doh ni?.. ish, Pak Mat "tukey bey" (tukang azan) tersalah tengok jam..huhu.. 
* Sebentar kemudian, terdengar riuh rendah di luar sana, " Pok Mat weyh,. tok masuk asar lagi ni, demo bey (azan) gapo??".. ahaa, ni la satu lagi scene menarik yang selalu je terjadi di sana.. maklum la, pak cik2 dah berumur, kadang2 tersilap tengok jam.. lagipun, kehidupan mereka tiada yang lain kecuali beribadat dan menunggu waktu solat utk ke masjid..
 _tak sabar2 nak azan nampaknya pak mat ni..~~_

Scene 5 :

* "A'ah..oo A'ah.. A'ah mana??".." Ya mek, bakpo?.." segera ku menyahut.. " Ni, ado ore nok jupo ngan ore nok gi Mesir ni.." owh, okk, sangat terharu dengan mak cik-mak cik di sini, tahu-tahu saja anak Ustaz Mad nak gi ngaji Mesir, berombongan-rombongan yang datang nak jumpa, paling serba salah, siap bagi duit.. padahal mereka bukanlah dalam kalangan orang yang mampu semuanya..-_-
* Segera ku persiapkan diri, agak-agak sopan nak berhadapan dengan tetamu, ku melangkah ke ruang tamu.. hmm, biasanya mrk datang berteman, kalau tak berdua, bertiga, empat, lima dan mungkin lebih...
Mek Solehah..^_^

* bersalaman dengan warga2 emas itu,. mereka memulakan bicara .." Oh, hok ni ko nok gi Mesir?.. Kito duk dengar anak ustaz Mad nak gi Mesir, tok tahu hok mano.. hok adik ko, hok kakok ko... hok ni lombo brapo? (anak ke brp)..?".. ku cuba melayan mereka seramah mungkin.. "  ya la, hok ni la hok nok gi tu.. nombor 5.. kakok pado Mukhlis (Makelih...sebutan mereka..hee..~~ jgn marah ye Lih..nnti x hensem =p)..mok cik2 doa la ko ambo..".. " Mek nok gi ngaji bahagiye mano?." giliran mak cik lain pula menyambung persoalan.. ni biasanya soalan dari mak cik yang lebih advance ^_^.. "Insya Allah, ambik Perubatan, ..doktor..".. " Oh, doktor jugok ko hok  ni?..kakok hari tu gi ambik doktor jugok dok?.. dey ko dok kelik (balik) nok brubat mok cik, takut kelik pah ni mok cik tak dok doh ko, tok tahu..".. sedih pulak ayat makcik2 ni... " Insya Allah, doa2 biar panjey umur,.kito pun biar mudoh2 ngaji blako...mitok jasa mok cik2 la doa ko ambo retek...pah, duk la dulu deh, ambo nok masuk dapur smeta.." .." Eh, takpo, tok payah susah2 la.. beteley (kebetulan) lps smaye asar jah pun.. singgoh smeta..takpo2.". " Eh, bakponyo, tok susah pun, mugo ado doh.. smeta jah deh.."..segera ku membalas ringkas..

* bila dah nak beransur, ada sahaja yang menyelitkan wang ke tangan ku.. wang saku utk perbelanjaan ke Mesir katanya,. jujur ku katakan, sumbangan mereka kpd kami sblm ke IPT mencapai ratusan mungkin > 1000 ringgit..
( Ya Allah, Rahmati mereka sama ada yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia)..
_mrk mengajar kami indah hidup bermasyarakat..._


**banyak lagi scene2 lain yang saya sangat ingin nostalgia itu berulang kembali... smoga generasi2 slps kami juga dapat peluang utk terdidik dalam susana begini... kekalkan warisan ini Ya Allah.. ameen..

Tuesday, 8 May 2012

Tanpa Mereka, Aku Siapa?

8 Mei 2012 -- ada Quiz Forensic and Toxicology, kul 11.30 pagi waktu Mesir..

Azan subuh berkumandang pada jam 3.29 pagi itu.. Selesai Solat Subuh, kalut melebihi ribut rasanya hati ni, berusaha nak habiskan syllibus Forensic n Toxic yang akan masuk exam pagi itu. (lebih 40 muka surat lagi yang perlu dihabiskan sebelum jam 9 pagi.)..

Tengah2 mata ni memecut 120km sejam atas helaian2 buku Forensic,.alamak..tak call baba lagi..huhu..
Lantas, tangan mencapai lap top yang tertutup di sisi.. segera saya on kan dan connect Internet.. Sesegera mungkin cuba mencari no.tel baba dalam senarai contact Smart Voip.

Terdengar bunyi "ring-ring" telefon baba, nun jauh dari Malaysia.. Bismillah..moga-moga baba angkat.. 
"Assalamualaikum"..jelasa suara hebat yang ku nanti-nantikan..
" Wa'alaikumussalam, ba, Eah ni.. ba duk mano ni?"..terus saya bertanya soalan itu, kerana risau takut-takut mengganggu baba dalam mesyuarat.. " Haa, 'Ah..baba kat pejabat ni.." (ok, tp pejabat mana??..huhu..sejak2 baba bersara daripada jd guru dulu, saya x tahu pejabat baba secara tepatnya di mana..tapi saya tahu beliau sentiasa bekerja tanpa ada hari cuti..hmm~~..jadi, pejabat manalah ni?.. masa tu, x tahu kenapa, saya hanya terbayang pejabat SUK..huh..yang pasti, ayah saya tengah "busy".)..

 " Owh, ok la..Eah nak royak ni je..Eah preksa hari ni..".. terus baba menjawab dengan persoalan.. " Preksa akhir doh ko ni?".. " Eh, dok lagi, tapi ni subjek praktikal Eah yang terakhir tahun ni.. preksa akhir 16/6 ni.."
Baba terus bertanya lagi.. " Mesir kul berapo ni? ".. Saya menjawab " Kul 6 pagi. ".. " Ok la Eah..jangan lupa solat Dhuha.".. hmm..baba dah bagi hint yang dia perlu letak telefon segera, (macam tahu-tahu je masa tu Mesir dah memang masuk Dhuha..hee..mestila, baba kan orang Mesir jg dulu..~~ ) baiklah anaknda faham ayahnda ku sayang, akan ku ingat nasihatmu itu..=).. Lantas, saya menjawab, " Ok, Insya Allah, baba doakan Eah deh..Assalamualaikum.".. " Wa'alaikumussalam.." tuutt..putus..suara yang ku rindu itu hilang..memisahkan kami yang sememangnya dipisahkan jauh beratus ribu batu,.

Saya cuba menghubungi satu lagi si "pemegang kunci syurgaku"..mama.. tapi, haish, x angkat..hmm..tengah mengajar kot,. takpe lah..mesej je.. " Salam, ma sayang, Iah prekas hari ni, subjek forensic n toxic..kul 11.30pg waktu Mesir, 5.30 ptg waktu Msia..=)".. ringkas mesej membawa harapan agar mama faham maksudku terlalu mengharapkan doa darinya..moga diredhai..

Akan ku berusaha meraih redhamu..kerana Redha Allah terletak pada redha kedua ibu-bapa.. (menghampiri Hari Ibu dan Hari Bapa.. apa surprise yang bleh dibuat tahun ni??)
_ Ya Allah, ampunkan dosa2 kami, dosa2 kedua ibu bapa kami, Rahmatilah mereka berdua sebagaimana mereka menyayangi kami semenjak dari kecil_.. ameen..

Rindu mereka..~~

Saturday, 5 May 2012

Anatomy oh Skeleton

Bismillah wal Hamdulillah.. syukur dipanjatkan atas ni'mat Iman, Islam dan ni'mat kefahaman Islam yg soheh, yang dikurniakan Allah buat hamba-hambaNYA yang terpilih.. Selawat dan salam ke atas junjungan mulia, Saiyyidina Muhammad s.a.w pembawa risalah kebenaran..

Junior2 medik tahun 1,2,3 Universiti Zagazig dah mula bertarung dgn final exam pengajian sesi 2011/2012.. huh, cepatnya masa berlalu..melihatkan persiapan mereka bertungkus lumus untuk menghadapi imtihan ni, memang benar-benar terimbau kenangan musim imtihan saya pada tahun-tahun pre-clinical dulu, setiap tahun cabarannya berbeza-beza..hmm..kalau nak dinukilkan, 10 kali post pun x cukup..dan, post saya kali ni bukan untuk menceritakan hal itu..(kalau sempat, di suatu hari yang indah, i.Allah akan dikongsikan..tp bila ntah..??..huhu)

Sebenarnya, bnyk benda yang nak diceritakan tentang final exam ni, tapi untuk post kali ini, sengaja saya kecilkan skop penceritaan hanya pada " Penghormatan dan adab menggunakan tulang." Khususnya, buat adik2 jurusan perubatan, yang rancak mengulangkaji subjek Anatomy.. Idea untuk post ni timbul semasa saya menemani adik2 Perubatan mengulangkaji praktikal Anatomy di dewan Darul Wehadah...hmm, macam2 gaya.. tulang berserakan, jalan sket, tersepak-sepak tulang..huhu.

Kita perlu sedar, hakikat sebenar, tulang yang kita guna itu juga, satu hari dulu adalah manusia,,seperti kita!.. jadi, sebagai orang Islam yang diajar dengan pelbagai akhlak dan adab yang mulia... seharusnya kita sentiasa menjaga adab2 ketika menggunakannya.. Tapi, saya tak nafikan, ada yang menggunakan tulang tersebut sebetulnya, Alhamdulillah.. namun, rasanya masih ada yang kurang cakna dan sensitif akan isu penggunaan tulang ini..

Ingat, kita dibenarkan menggunakan dan memiliki tulang itu pun atas rukhsoh kita sebagai pelajar perubatan, kalau x tengok tulang depan mata, x faham apa yang dipelajari..jadi, gunakan tulang itu sebaiknya untuk pembelajaran sahaja..

Antara adab yang saya boleh kongsikan dalam masa kalian menggunakan tulang tersebut:

1. Gunakan tulang hanya untuk keperluan pembelajaran.
2. Tidak menggunakan tulang tersebut sebagai bahan jenaka.
3. Tidak meng " Up load" gambar tulang-tulang tersebut tanpa tujuan pembelajaran.
4. Selepas selesai menggunakannya, kumpullah semua tulang tersebut dan simpan di dalam plastik atau bekas yang sesuai (seperti kotak dll)..simpan di tempat yang sesuai (spt di atas almari dll ) dan elakkan menyimpannya di dalam bilik..(letak dekat ruang tamu je pun takpe..)
5. Jika anda ingin membawa tulang tersebut keluar (kuliah, atau study group dll), bawalah tulang tersebut didalam plastik atau apa2 container yang sesuai.. kerana, orang2 awam terutamanya masyarakat arab akan terkejut dengan melihat kita membawa tulang tersebut dengan "selumbernya"..(elakkan plastik lutsinar).

6. Elakkan menyepak, menggunakan kaki atau melangkah tulang tersebut.

Setakat tu je dulu, mungkin ada lagi yang kalian rasa perlu dijaga sepanjang kalian memiliki skeleton ni,.tambah2 sendiri la ek.. sama2 menjaga kesejateraan bersama.. Selamat mengulangkaji pelajaran..

Siiruu 'ala barakatiLLAH.. Bittwfiq wannajah..^_^

Wassalam..

Saturday, 25 February 2012

:. An-Nusyrah Senjata di Ardhulkinanah :.

Bismillah Walhamdulillah..

Sebelum baca post kali ni, mintak selawat 3kali ke atas junjungan besar Rasulullah saw dulu ye..=).

Untuk post kali ni, sebenarnya sekadar nak berkongsi salah satu pengalaman dalam beribu2 pengalaman selama saya di Bumi Anbiya', (Misr ummu dunya)..

Kisah seorang budak yang selalu ta'ajub dengan pertolongan2 Allah buat hamba2NYA, walaupun hambaNYA ini selalu melakukan dosa dan kesilapan..SubahanALLAH..

Hmm..hr khamis minggu lepas, (16 Feb 2012),.biasanya saya ada kelas Quran dan Bahasa Arab dgn Doktor dr Al-Azhar univ, di outpatient clinic, tapi hari tu terpaksa ponteng kelas tu sbb nak selesaikan urusan yuran pengajian..(stengah tahun dah masuk thn 4, baru nak byr yuran..haha..mesir yg unik!..=)..

Sepatutnya, turun dari rumah kul 9..tapi, terdelay lak..terturun kul 10 lebih pg, nasib baik tmpt nak buat urusan tu dlm 8 minit perjalann dari rumah Bismillahitawakkaltu 'alaLLAH..ok, setting masa btul2..kul 11.30pg dah start round ophthal..dengan harapan urusan dipermudahkan, melangkah bersama duit GBP 1500 (hampir LE 15 000 --duit mesir)..dan surat izin dafa'..destinasi pertama adalah pejabat am Hal Ehwal Pelajar Universiti Zagazig..pajabat ni adalah bersebelahan dewan final exam kami...jadi, dalam perjalanan ke sana, tiba2 terimbau kenangan final exam stiap thn, melalui jalan itu dengan penuh debaran..saat buku di tangan seperti ingin detelan, saat SURAH AN-NUSYRAH menjadi teman penenang kebimbangan.. Tiba2, opsss..ha'ah..alamak, Surah AN-NUSYRAH..
Ya Allah, mcm mana bleh terlupa ni?..dah separuh perjalanan, dah nak sampai,.tak baca lagi senjata itu..aduh..cepat baca!..itulah senjata.. Sbenarnya, saya cuba jadikan amalan baca surah ini setiap kali nak buat apa2 shj urusan sepnjang kehidupan saya di Mesir, dengan harapan, Allah permudahkan segala urusan..Mesir yang penuh dengan ujian..Mim, Sod, Ro (Musibah, Sabar, Redha)..setiap urusan yang ingin dilakukan perlu bersiap sedia fizikal dan mental untuk menghadapi ujian2 utk settelkn satu2 urusan..Rabbuna Yusahhil..!


Lidah mula melafazkan surah itu..sehingga sampai di tingkat 3 bangunan Idarah 'am..Jumpa dgn m.cik Magda yang selalu duk urus urusan pembayaran yuran pelajar..bagi Izin dafa',.dy pun tulis satu surat untuk pihak bank benarkan saya bayar yuran pengajian secara cash..mcm biasa, surat tu kene ambik tanda tgn dan cop mudirul 'am..pegi bilik mudir, ambik t.tgn beliau..dy sambut dengan senyman..lps t.tgn, dy ckp cop x de dgn dy, bleh pg mintak cop dkt tingkat bawah (ardhiyah), dgn Ustaz 'Adel... adeh, mula ujian pertama..ni yang malas kalau urusan dah kene pass2..huhu..biasanya bleh ambik cop kat situ terus.. dalam hati, (baik aku tanya terus, mana bilik Ustaz Adel tu btul2..nnti jenuh lak nak cari kat mana..masa dah la suntuk ni..).. " Feenil ghurfah Ustaz Adel?".. Ada kawan mudir tu jawab, " Fi 'ardhiyah, amama ghurfah asonseel."..(dkt groundfloor, dpn bilik asonseel.)..itulah yang saya faham...hmm, ghurfah asonseel tu apa ye?..x pnh dgr.. xpe la try cari..dy ada tulis kot nnti..

Di Tingkat bawah.. mata ni melilau cari tulisan "asonseel" dlm tulisan arab..haish, x jumpa.. tanya m.cik kat sini la... " Lau samaht, feenil ghurfah asonseel?".. (excuse me, kat mana bilik asonseel?)..m.cik tu pun excited tarik aku nak tunjuk...jalan 2, 3 langkah, dy tunjuk pintu lif..(lif mesir ni, pintu dy lain, mcm pintu bilik, tapi besi laa..)  "di, asonseel.", sambil menunjukkan pintu lif..adeh!..ghurfah asonseel tu LIF ke??..huhu, mesti m.cik tu ingat aku jakun...Lif pun x tahu...x pun, terlebih moden, ahah..sbb tempat lain, LIF dy x mcm Lif kat Mesir, klasik!..^_^..

Ok, lps m.cik tu tunjuk lif tu, aku pun terus la cari bilik depan lif..tujuan asal nak jumpa Ustaz Adel si pemegang cop..bukan nak naik Lif ye m.cik..hee.. Masuk la bilik kat depan lif tu..mana satu la pulak ustaz Adel ni.. tanya m.cik dalam tu lak..."Lau Samaht, Ustaz Adel maujud?."..(excuse me, En. Adel ada x?).. m.cik tu jawab Ustaz Adel x datang hari ni..kau nak cop ke?.." Ya, saya nak cop surat ni.."..m.cik tu cakap, kalau nak cop hari jugak, bleh p ambik dgn Raisul Jami'ah "ismuhu Ustaz 'Ali."...dkt pejabat besar, bangunan Presiden Universiti...Pulak dah..hmm, ujian ke-2..kan dah kata, kalau dah start kene pass2 urusan ni, memang ramai orang la aku jumpa, bnyk kerenah la jugak kene layan..Allah, Rabbuna Yusahhil (Ya Allah, permudahkanlah)..lps mngucapkan terima kasih, saya segera menuju ke bangunan yang diterangkan...nasib baik dekat je..tp, x pernah masuk lagi la bangunan tu..sdikit sbnyk ada rasa bedebar, nak masuk bngunan VIP ni..

Masuk pintu utama, terus menuju ke tingkat 2..dipendekkan cerita, dapat la cop tu dgn pembantu Ustaz 'Ali...Alhamdulillah...ok, sekarang dah selesai dapatkan surat kebenaran byr yuran...destinasi seterusnya adalah Misr Bank (dlm kwsn Univ jg..Alhamduluillah.)..lidah terus melafazkan ayat2 dari surah An-Nusyrah... dlm perjalanan ke bank,.Alamak, x bawa passport...lupa lak..kne ada salinan passport dan salinan surat kbenaran tadi..nak bagi dkat bank..ish..tensionnyeee...sabar2, ujian ke-3..salah diri sendiri pun..haa..kan dah kul 10.40 pg..x smpai sjam lg kelas nak start..huhu..sempat ke nak balik ambik ni?..huh, balik je la..terkejar2 saya balik rumah, ambik passport, fotostat dokumen2 yg diperlukan..trus ke bank..

sblm kul 11 pg kot sya dah ada dkt bank...30 minit lagi masa yang ada...hrp2 urusan lancar je...lps tunggu turn..start berurusan dgn pegawai kat bank tu..ckp nak byr yuran..pastu bagi la duit GBP 1500.. pegawai tu cek setiap keping duit tadi..dy pun mengasingkan 2 keping duit GBP 50 maksudnya berjumlah GBP 100..hmm, duit tu agak lusuh...alamak, jgn la dy kata duit tu x laku..bnyk kot tu...dy belek2 duit tu.."duit ni x laku!." macam tu la lebih kurang..ha??..pastu mcm mana?..sbb satu ada kesan salotape, satu lagi ada kesan diconteng pakai marker hitam... (padahal duit mesir ada yang lagi buruk dari duit tu kot.)..dy bg cdgn pada saya, boleh bayar dgn duit genih (duit mesir) kalau nak..saya trus tanya, berapa?..LE 1005..!..nah, mahalnya.. GBP 100 = LE 1005?..huhu, mcm mana ni?..duit ada, tp kat rumah..x bw duit lebih smpai bnyk mcm tu skali...bnyk juga bank ni charge..saya tukar dkt money changer, GBP 1 = LE 9.4 je.. saya ckp x pe la..saya byr esok..(lupa lak esoknya jumaat)..dy ckp hari ahad baru bukak...owh..okk..

saya pun keluar dr bank dlm kehampaan...kul 11...cuba utk cari jln penyelesaian jg...kalau bleh nak selesaikan hari tu jg..hari lain ada kelas...sempat kot balik...i.ALLAH...ok, cepat..sempat ni.. An-Nusyrah makin rancak meniti di bibir...tercungap2 balik, masuk rumah..terus cari duit..Alhamdulillah, cukup LE 1000..pecut!..menuju bank itu kembali..Alhamdulillah, smpai kul 11.10 pg kot..(cepat jg)..untung rumah dekat...pegawai tu tersenyum tengok aku masuk bank skali lagi, cakap nak bayar yuran hari tu jg..dy ada tanya soalan..tp aku x faham..huhu..sorry!..solan dy mcm mana dpt duit tu kot..(yeke?..hee).. Ya Allah, ada lagi ke ujian lps ni?..smoga berakhir dengan mudah...x de kene tinggal kls mahupun lewat masuk kelas... Akhirnya, tepat jam 11.20 pg, urusan pembayaran pengajian tahun 4 selesai...Alhamdulillah, berjaya jugak pegang resit yuran berwarna biru pada hari itu...YA ALLAH, syukur padaMU, Engkau sentiasa bersama hambaMU ini..memudahkan urusanku.. Ya, semakin yakin, An-Nusyrah itu senjataku di bumi barakah ini... terus kaki melangkah ke kawasan fakulti Perubatan @ bangunan outpatient,.lekas, kelas ophthal kul 11.30pg...lbih kurang 10 minit perjalanan..Alhamdulillah, smpai tepat pada waktu..sungguh, pertolongan Allah itu sentiasa hampir untuk hamba2NYA,."MAKA NI'MAT TUHANMU YANG MANAKAH YANG KAMU DUSTAKAN?" (Ar-Rahman : 13)..

~Wallahua'alam~

- Dokturah Darul Ilmi
- 3.40 a.m, 26/2/2012
- Zagazig City, As-Syarqiyah, Arab Republic of Egypt.

Friday, 17 February 2012

22nd Special Gift :. .. ^_^

Bismillah WalhamduliLLAH,

Segan nak start post balik dlm blog ni, huhu, lama berjaman x update,. mintak mahap lee..
by the way, x dop la nak skema2 sangat utk post ni, skadar memenuhi permintaan birthday girl, (of 17th Feb)..teka la sape yg mintak I "hapdate" blog bersawang ini..aha..di samping mncari kekuatan utk cuba mengaktifkan diri dlm penulisan...sama2 la kite yee..=)

Hmm, nak "baghi" pasal gapo eh?..sbnrnya, bnyk bnda yg nak dikongsi, tp idea yang bnyk itu smuanya mmbuak2 ingin keluar smua skali..akhirnya..owh,.obstructed!..

Dear birthday girl,
Izinkan adinda kongsi sdikit ilmu dgn kakanda ya, tringat modal usrah dgn adik2 di Zagazig tadi, kami bincang tentang " MEYAKINI BAHAWA BERAMAL DENGAN ISLAM ADALAH WAJIB ", diulas drp buku Apa Erti Saya Menganut Agama Islam, karangan Ustz Fathi Yakan..(alamak, ada syaitan halang saya utk terus menukilkan kalam..lawan!..huh, beratnya nk smbung..*ta'awudz*.)

-Apa itu beramal dengan Islam?.. 
*hmm, ringkasnya, ia adalah apa2 sahaja gerak kerja kita dalam menegakkan kembali kalimah tauhid, mengESAkan Allah di atas muka bumi ini..dan gerak kerja itu mestilah berlandaskan syara', berpandukan Quran dan Sunnah sbgai sumber rujukan..

- Kenapa perlu beramal dgn Islam?..
*1. Untuk menjelaskan kembali aqidah dan akhlak Islam yg sbnr.
  2. Mewujudkan masyarakat yang beriltizam dengan pemikiran dan cara hidup Islam
  3. Mewujudkan sebuah kerajaan yang melaksanakan syariat, method dan perlembagaan Islam, memikul tanggungjawab dakwah, memberi petunjuk untuk menegakkan kebenaran dan keadilan di dunia.
* Perlu ingat, kewajipan ini tidak pernah gugur dari pundak mana2 individu muslim yang mukallaf selagi mana tiada kuasa yang memikul tanggungjawab ini dan memelihara urusan2 orang Islam.
* Sejak kejatuhan Khilafah Turki Uthmaniyah, ummat Islam terbeban dengan tanggungjawab ini.

- Kenapa saya, awak dan kamu?..bukan mereka atau dia sahaja?..
* Sebab, tugas ini adalah bersifat taklif ke atas setiap Muslim.. bukan sebagai tanggunjawab sukarela...saya ulangi, ia bukan semata-mata SUKARELA, ia adalah TAKLIFAN DARI TUHAN!..

ini tugas, wajib tahap gila-gila punya wajib!..(ops, kasar lak)..bukan berkasar, tp bertegas dengan mereka yang memandang gerak kerja ini remeh.. Ustaz Fathi Yakan terangkan yang tugas ini ada 4 sudut kewajipan, maksudnya, kalau nak katanya betapa amanah ini wajib, 4X wajib...haa..kan dah guna bnyk perkataan WAJIB..

1. Wajib dari sudut PRINSIP
2. Wajib dari sudut HUKUMNYA
3. Wajib dari sudut DHARURATNYA
4. Wajib dari sudut INDIVIDU DAN JAMAAH

tp, awal2 lg nak mintak maap, saya terangkan wajib 2 yang pertama je dulu..ehee..dah kul 2.36 a.m,.takut2 terjamak subuh dgn dhuha lak..=p

1. Wajib dari sudut prinsipnya:
- Prinsip asal, matlamat utama kita diciptakan adalah untuk menjadi khalifah dan mengabdikan diri kepadaNYA.  " Dan tidak Aku ciptakan jin dan manusia kecuali supaya mengabdikan diri kepada-KU."-Adz-Dzariyat : 56-
- Jelas, kembali kepada prinsip kita diciptakan, adalah untuk beribadah/ menjadi hamba Allah, (jgn khususkan ibadah itu hanya solat, puasa dan lain2 ibadah khusus shj).. Allah nak kita tegakkan kalimah tauhid di muka bumi ini, kita yang mengaku sebagai hamba Allah, tanpa perlu pertikai lagi, perlu laksanakan matlamat ini.. DIA TUHAN, kita hamba!..

2. Wajib dari sudut HUKUMNYA:
-Hukum Allah seharusnya berada paling atas, mengatasi dan menguasai semua hukum manusia.
Namun, melihat kepada keadaan sekarang, undang2 manusia menguasai masyarakat, maka, kewajipan untuk memastikan HUKUM ALLAH (syariat Islam yang syumul) ditegakkan kembali. 
- Ini mewajibkan umat Islam bekerja dan beramal untuk menegakkan masyarakat Islam.
kaedah usul feqh ada menyebut: " Selagi mana tidak tertegaknya kewajipan itu kecuali dengan sesuatu perkara, maka perkara itu adalah wajib.".
-Islam tidak tertegak dengan hanya berkata-kata,dengan hanya memerhati dari jauh, tetapi perlunya pekerja yang bekerja keras untuk melaksanakan amal Islam,.perlunya ada kekuasaan, maka apa2 sahaja gerak kerja yang membawa kepada kemenangan Islam adalah WAJIB..

**nak tahu lagi, bleh khatam buku Apa Erti Saya Menganut Agama Islam, Ustaz Fathi Yakan..^_^
** maap skali lagi, katil di sebelah I ni memanggil- manggil..daa...jumpa lagi..
Wallahua'alam..

by: Dokturah Darul Ilmi, 3.10 a.m , 18/2/2012..Zagazig.