Friday, 17 February 2012

22nd Special Gift :. .. ^_^

Bismillah WalhamduliLLAH,

Segan nak start post balik dlm blog ni, huhu, lama berjaman x update,. mintak mahap lee..
by the way, x dop la nak skema2 sangat utk post ni, skadar memenuhi permintaan birthday girl, (of 17th Feb)..teka la sape yg mintak I "hapdate" blog bersawang ini..aha..di samping mncari kekuatan utk cuba mengaktifkan diri dlm penulisan...sama2 la kite yee..=)

Hmm, nak "baghi" pasal gapo eh?..sbnrnya, bnyk bnda yg nak dikongsi, tp idea yang bnyk itu smuanya mmbuak2 ingin keluar smua skali..akhirnya..owh,.obstructed!..

Dear birthday girl,
Izinkan adinda kongsi sdikit ilmu dgn kakanda ya, tringat modal usrah dgn adik2 di Zagazig tadi, kami bincang tentang " MEYAKINI BAHAWA BERAMAL DENGAN ISLAM ADALAH WAJIB ", diulas drp buku Apa Erti Saya Menganut Agama Islam, karangan Ustz Fathi Yakan..(alamak, ada syaitan halang saya utk terus menukilkan kalam..lawan!..huh, beratnya nk smbung..*ta'awudz*.)

-Apa itu beramal dengan Islam?.. 
*hmm, ringkasnya, ia adalah apa2 sahaja gerak kerja kita dalam menegakkan kembali kalimah tauhid, mengESAkan Allah di atas muka bumi ini..dan gerak kerja itu mestilah berlandaskan syara', berpandukan Quran dan Sunnah sbgai sumber rujukan..

- Kenapa perlu beramal dgn Islam?..
*1. Untuk menjelaskan kembali aqidah dan akhlak Islam yg sbnr.
  2. Mewujudkan masyarakat yang beriltizam dengan pemikiran dan cara hidup Islam
  3. Mewujudkan sebuah kerajaan yang melaksanakan syariat, method dan perlembagaan Islam, memikul tanggungjawab dakwah, memberi petunjuk untuk menegakkan kebenaran dan keadilan di dunia.
* Perlu ingat, kewajipan ini tidak pernah gugur dari pundak mana2 individu muslim yang mukallaf selagi mana tiada kuasa yang memikul tanggungjawab ini dan memelihara urusan2 orang Islam.
* Sejak kejatuhan Khilafah Turki Uthmaniyah, ummat Islam terbeban dengan tanggungjawab ini.

- Kenapa saya, awak dan kamu?..bukan mereka atau dia sahaja?..
* Sebab, tugas ini adalah bersifat taklif ke atas setiap Muslim.. bukan sebagai tanggunjawab sukarela...saya ulangi, ia bukan semata-mata SUKARELA, ia adalah TAKLIFAN DARI TUHAN!..

ini tugas, wajib tahap gila-gila punya wajib!..(ops, kasar lak)..bukan berkasar, tp bertegas dengan mereka yang memandang gerak kerja ini remeh.. Ustaz Fathi Yakan terangkan yang tugas ini ada 4 sudut kewajipan, maksudnya, kalau nak katanya betapa amanah ini wajib, 4X wajib...haa..kan dah guna bnyk perkataan WAJIB..

1. Wajib dari sudut PRINSIP
2. Wajib dari sudut HUKUMNYA
3. Wajib dari sudut DHARURATNYA
4. Wajib dari sudut INDIVIDU DAN JAMAAH

tp, awal2 lg nak mintak maap, saya terangkan wajib 2 yang pertama je dulu..ehee..dah kul 2.36 a.m,.takut2 terjamak subuh dgn dhuha lak..=p

1. Wajib dari sudut prinsipnya:
- Prinsip asal, matlamat utama kita diciptakan adalah untuk menjadi khalifah dan mengabdikan diri kepadaNYA.  " Dan tidak Aku ciptakan jin dan manusia kecuali supaya mengabdikan diri kepada-KU."-Adz-Dzariyat : 56-
- Jelas, kembali kepada prinsip kita diciptakan, adalah untuk beribadah/ menjadi hamba Allah, (jgn khususkan ibadah itu hanya solat, puasa dan lain2 ibadah khusus shj).. Allah nak kita tegakkan kalimah tauhid di muka bumi ini, kita yang mengaku sebagai hamba Allah, tanpa perlu pertikai lagi, perlu laksanakan matlamat ini.. DIA TUHAN, kita hamba!..

2. Wajib dari sudut HUKUMNYA:
-Hukum Allah seharusnya berada paling atas, mengatasi dan menguasai semua hukum manusia.
Namun, melihat kepada keadaan sekarang, undang2 manusia menguasai masyarakat, maka, kewajipan untuk memastikan HUKUM ALLAH (syariat Islam yang syumul) ditegakkan kembali. 
- Ini mewajibkan umat Islam bekerja dan beramal untuk menegakkan masyarakat Islam.
kaedah usul feqh ada menyebut: " Selagi mana tidak tertegaknya kewajipan itu kecuali dengan sesuatu perkara, maka perkara itu adalah wajib.".
-Islam tidak tertegak dengan hanya berkata-kata,dengan hanya memerhati dari jauh, tetapi perlunya pekerja yang bekerja keras untuk melaksanakan amal Islam,.perlunya ada kekuasaan, maka apa2 sahaja gerak kerja yang membawa kepada kemenangan Islam adalah WAJIB..

**nak tahu lagi, bleh khatam buku Apa Erti Saya Menganut Agama Islam, Ustaz Fathi Yakan..^_^
** maap skali lagi, katil di sebelah I ni memanggil- manggil..daa...jumpa lagi..
Wallahua'alam..

by: Dokturah Darul Ilmi, 3.10 a.m , 18/2/2012..Zagazig.

No comments:

Post a Comment