Bismillah wal Hamdulillah.. syukur dipanjatkan atas ni'mat Iman, Islam dan ni'mat kefahaman Islam yg soheh, yang dikurniakan Allah buat hamba-hambaNYA yang terpilih.. Selawat dan salam ke atas junjungan mulia, Saiyyidina Muhammad s.a.w pembawa risalah kebenaran..
Junior2 medik tahun 1,2,3 Universiti Zagazig dah mula bertarung dgn final exam pengajian sesi 2011/2012.. huh, cepatnya masa berlalu..melihatkan persiapan mereka bertungkus lumus untuk menghadapi imtihan ni, memang benar-benar terimbau kenangan musim imtihan saya pada tahun-tahun pre-clinical dulu, setiap tahun cabarannya berbeza-beza..hmm..kalau nak dinukilkan, 10 kali post pun x cukup..dan, post saya kali ni bukan untuk menceritakan hal itu..(kalau sempat, di suatu hari yang indah, i.Allah akan dikongsikan..tp bila ntah..??..huhu)
Sebenarnya, bnyk benda yang nak diceritakan tentang final exam ni, tapi untuk post kali ini, sengaja saya kecilkan skop penceritaan hanya pada " Penghormatan dan adab menggunakan tulang." Khususnya, buat adik2 jurusan perubatan, yang rancak mengulangkaji subjek Anatomy.. Idea untuk post ni timbul semasa saya menemani adik2 Perubatan mengulangkaji praktikal Anatomy di dewan Darul Wehadah...hmm, macam2 gaya.. tulang berserakan, jalan sket, tersepak-sepak tulang..huhu.
Kita perlu sedar, hakikat sebenar, tulang yang kita guna itu juga, satu hari dulu adalah manusia,,seperti kita!.. jadi, sebagai orang Islam yang diajar dengan pelbagai akhlak dan adab yang mulia... seharusnya kita sentiasa menjaga adab2 ketika menggunakannya.. Tapi, saya tak nafikan, ada yang menggunakan tulang tersebut sebetulnya, Alhamdulillah.. namun, rasanya masih ada yang kurang cakna dan sensitif akan isu penggunaan tulang ini..
Ingat, kita dibenarkan menggunakan dan memiliki tulang itu pun atas rukhsoh kita sebagai pelajar perubatan, kalau x tengok tulang depan mata, x faham apa yang dipelajari..jadi, gunakan tulang itu sebaiknya untuk pembelajaran sahaja..
Antara adab yang saya boleh kongsikan dalam masa kalian menggunakan tulang tersebut:
1. Gunakan tulang hanya untuk keperluan pembelajaran.
2. Tidak menggunakan tulang tersebut sebagai bahan jenaka.
3. Tidak meng " Up load" gambar tulang-tulang tersebut tanpa tujuan pembelajaran.
4. Selepas selesai menggunakannya, kumpullah semua tulang tersebut dan simpan di dalam plastik atau bekas yang sesuai (seperti kotak dll)..simpan di tempat yang sesuai (spt di atas almari dll ) dan elakkan menyimpannya di dalam bilik..(letak dekat ruang tamu je pun takpe..)
5. Jika anda ingin membawa tulang tersebut keluar (kuliah, atau study group dll), bawalah tulang tersebut didalam plastik atau apa2 container yang sesuai.. kerana, orang2 awam terutamanya masyarakat arab akan terkejut dengan melihat kita membawa tulang tersebut dengan "selumbernya"..(elakkan plastik lutsinar).
6. Elakkan menyepak, menggunakan kaki atau melangkah tulang tersebut.
Setakat tu je dulu, mungkin ada lagi yang kalian rasa perlu dijaga sepanjang kalian memiliki skeleton ni,.tambah2 sendiri la ek.. sama2 menjaga kesejateraan bersama.. Selamat mengulangkaji pelajaran..
Siiruu 'ala barakatiLLAH.. Bittwfiq wannajah..^_^
Wassalam..
No comments:
Post a Comment