Tuesday, 8 May 2012

Tanpa Mereka, Aku Siapa?

8 Mei 2012 -- ada Quiz Forensic and Toxicology, kul 11.30 pagi waktu Mesir..

Azan subuh berkumandang pada jam 3.29 pagi itu.. Selesai Solat Subuh, kalut melebihi ribut rasanya hati ni, berusaha nak habiskan syllibus Forensic n Toxic yang akan masuk exam pagi itu. (lebih 40 muka surat lagi yang perlu dihabiskan sebelum jam 9 pagi.)..

Tengah2 mata ni memecut 120km sejam atas helaian2 buku Forensic,.alamak..tak call baba lagi..huhu..
Lantas, tangan mencapai lap top yang tertutup di sisi.. segera saya on kan dan connect Internet.. Sesegera mungkin cuba mencari no.tel baba dalam senarai contact Smart Voip.

Terdengar bunyi "ring-ring" telefon baba, nun jauh dari Malaysia.. Bismillah..moga-moga baba angkat.. 
"Assalamualaikum"..jelasa suara hebat yang ku nanti-nantikan..
" Wa'alaikumussalam, ba, Eah ni.. ba duk mano ni?"..terus saya bertanya soalan itu, kerana risau takut-takut mengganggu baba dalam mesyuarat.. " Haa, 'Ah..baba kat pejabat ni.." (ok, tp pejabat mana??..huhu..sejak2 baba bersara daripada jd guru dulu, saya x tahu pejabat baba secara tepatnya di mana..tapi saya tahu beliau sentiasa bekerja tanpa ada hari cuti..hmm~~..jadi, pejabat manalah ni?.. masa tu, x tahu kenapa, saya hanya terbayang pejabat SUK..huh..yang pasti, ayah saya tengah "busy".)..

 " Owh, ok la..Eah nak royak ni je..Eah preksa hari ni..".. terus baba menjawab dengan persoalan.. " Preksa akhir doh ko ni?".. " Eh, dok lagi, tapi ni subjek praktikal Eah yang terakhir tahun ni.. preksa akhir 16/6 ni.."
Baba terus bertanya lagi.. " Mesir kul berapo ni? ".. Saya menjawab " Kul 6 pagi. ".. " Ok la Eah..jangan lupa solat Dhuha.".. hmm..baba dah bagi hint yang dia perlu letak telefon segera, (macam tahu-tahu je masa tu Mesir dah memang masuk Dhuha..hee..mestila, baba kan orang Mesir jg dulu..~~ ) baiklah anaknda faham ayahnda ku sayang, akan ku ingat nasihatmu itu..=).. Lantas, saya menjawab, " Ok, Insya Allah, baba doakan Eah deh..Assalamualaikum.".. " Wa'alaikumussalam.." tuutt..putus..suara yang ku rindu itu hilang..memisahkan kami yang sememangnya dipisahkan jauh beratus ribu batu,.

Saya cuba menghubungi satu lagi si "pemegang kunci syurgaku"..mama.. tapi, haish, x angkat..hmm..tengah mengajar kot,. takpe lah..mesej je.. " Salam, ma sayang, Iah prekas hari ni, subjek forensic n toxic..kul 11.30pg waktu Mesir, 5.30 ptg waktu Msia..=)".. ringkas mesej membawa harapan agar mama faham maksudku terlalu mengharapkan doa darinya..moga diredhai..

Akan ku berusaha meraih redhamu..kerana Redha Allah terletak pada redha kedua ibu-bapa.. (menghampiri Hari Ibu dan Hari Bapa.. apa surprise yang bleh dibuat tahun ni??)
_ Ya Allah, ampunkan dosa2 kami, dosa2 kedua ibu bapa kami, Rahmatilah mereka berdua sebagaimana mereka menyayangi kami semenjak dari kecil_.. ameen..

Rindu mereka..~~

No comments:

Post a Comment