Monday, 5 September 2011

Darul Ilmi : Antara Kampung Halaman, Warisan dan Amanah.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..

Kata Saidina Umar RA: " Jika kamu mahu melihat masa depan sesebuah negara, lihatlah pemuda pada hari ini. "

Apabila terkenangkan Darul Ilmi yang dirindui, terkadang rasa bersalah timbul dalam diri ini kerana kurang cakna akan perkembangan tanah berjasa tersebut. Seruan buat insan-insan yang berkaitan (anak cucu Tok Guru Mohamad bin Che Long), mari sama-sama kita bermuhasabah diri, sejauh mana cakna kita terhadap warisan ini?..cuba kiaskan apa yang dikatakan Saidina Umar di atas dengan masa depan Pondok Darul Ilmi (PDI), nak tengok masa depan PDI? " lihatlah anak-anak muda yang bakal mengganti menguruskan pentadbirannya pada hari ini." Apa persiapan kita menghadapi amanah besar ini?..Oh, seram sejuk memikirkannya.. Saudara-saudariku, kita bukan lagi kanak-kanak yang masih riang dengan permainan masing-masing, asyik dengan dunia sendiri. Kita anak muda yang bakal mewarisi satu Warisan Ulama'.


Bimbinglah kami..pewarismu..
Dah bersediakah mengganti tempat mereka?..Baba, Che Yah, Ayah Gi??..dan semua orang tua kita yang terlibat dalam pentadbiran PDI.. Ikhlas jawapanku " mestilah belum lagi!." Habis tu? nak tunggu bila? Apa persiapan nak tadbir pondok ni boleh settle dlm masa sehari? Mustahil!.. 


Ayuh wahai syabab pewaris Darul Ilmi, kita persiapkan diri untuk menghadapi satu amanah yang besar. Tidak kira apa jua bidang pengajian kita, kalau jadi doktor, jadilah doktor yang mampu bagi pengisian agama, kalau jadi teacher, jadilah teacher yang mampu mengajar mak cik pak cik baca Quran, kalau jadi akauntan, jadilah akauntan yang mampu bagi tazkirah peringatan untuk kembali kepada Sang Pencipta, kalau kalian memang dalam bidang pengajian Islam, sungguh saya cemburu pada kalian lantaran besar modal yang ada pada kalian untuk menyumbang pada Darul Ilmi..


Tolong jangan abaikan kelebihan masing-masing, ayuh kita bergabung kepakaran untuk memastikan survival PDI yang diasaskan di atas jerit perih keringat Tok Ayah. Jangan jadikan generasi kita yang mematikan perjuangan ini. Jadilah mata rantai penyambungan perjuangan Islam. Isi dada dengan ilmu dan bekalan secukupnya dari sekarang, selagi ada peluang, sebelum masanya kita sibuk untuk memberi dan ketika itu kita terkial-kial baru mula ingin mencari pengisian diri dalam masa yang sama ingin juga memberi. Ingatlah, orang yang fakir tidak akan mampu untuk memberi. 


Jentera Pewaris PDI..Insya Allah
Muhasabah dan teguran ini bukanlah dituju kepada mana-mana pihak tertentu sahaja, tetapi ia adalah teguran pukulan rata buat semua. Ikhlas. Apakah kita hanya merasakan bahawa Pondok Darul Ilmi hanya kampung halaman, atau warisan sekadar tanah pusaka sepertimana setiap daripada kita mewarisi penyakit keturunan hypotension (tekanan darah rendah...hee smpt lagi, ada kaitan ke?..=p)??


 Dan sesungguhnya yang menegur ini lebih-lebih lagi perlu memuhasabah diri. Kerana kiranya sayalah antara insan yang kurang memberi khidmat buat pondok sehingga saat ini. Seharusnya difikirkan, berjauhan dari Darul Ilmi tidak patut dijadikan sebab yang menghalang untuk kita memberi sumbangan pada PDI. Apakah ada salah satu soalan perkhabaran Darul Ilmi yang diajukan setiap kali menelefon keluarga? paling kurang: " Pondok macam mana sekarang? " atau kalau advance sikit, " macam mana masalah pondok hari tu, dah selesai? " atau " Selalu tak masjid pondok tak de tok Imam? ".. atau langsung sunyi persoalan-persoalan berkaitan Amanah Agung ini?..Aduh, terkena lagi, maaf PDI, kami TERLUPA!


p/s: post ini kemungkinan ada sambungan..mengikut kesempatan dan kesempitan masa empunya blog..Wallahua'alam.. 
--Siiruu 'Ala BarakatiLLAH!



No comments:

Post a Comment