Sunday, 11 September 2011

70 KALI LAWATAN SEHARI, HAKIKAT MATI ITU PASTI!


بسم الله الرحمن الرحيم

Hadis Nabi saw yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Abbas r.a bahawa Rasulullah saw bersabda yang bermaksud: “ Bahawa malaikat maut memerhati wajah manusia di muka bumi ini 70 kali dalam sehari. Ketika Izrail datang merenung wajah seseorang, didapati orang itu ada yang gelak ketawa. Maka berkata Izrail; ‘ Alangkah hairannya aku melihat orang ini sedangkan aku diutus oleh Allah untuk mencabut nyawanya tetapi dia masih berseronok-seronok dan bergelak ketawa.’ “

-          Manusia sering mudah terlupa akan hakikat mereka akan dikembalikan kepada Yang Maha Berkuasa, kerana mereka tidak mampu menduga bilakah saat kematian mereka akan tiba. Tidak pernah melihat keadaanya ‘sering dilawat si pencabut nyawa’. Lalu, persediaan untuk menghadapi kematian dan 2 fasa kehidupan seterusnya ( alam barzakh dan alam akhirat ) turut dilalaikan.

-          Kita mampu bertungkus lumus berusaha dan membuat persediaan untuk menghadapi setiap peperiksaan atau apa-apa ujian di dunia kerana kita tahu tarikh peperiksaan tersebut. Maka, kita mampu menghitung hari untuk menghadapi ujian itu. Tetapi, tarikh kematian, tidak seorang pun mengetahuinya dan tidak mampu menduga bilakah hari terakhir baginya berada di dunia, dan bilakah akan bermula hari pertamanya di alam barzakh.

Ya Allah, Akhirkan hidup kami dengan pengakhiran yang baik..ameen
-          Bayangkan hari esok atau tidak sampai sehari lagi hayat kita di dunia ini berakhir dan akan beralih kepada fasa kehidupan yang ke seterusnya, adakah cukup bekalan kita untuk menghadapi saat itu?

-      Justeru, berbahagialah bagi sesiapa yang membayangkan kehidupannya tidak lama dan saat kematian baginya akan menjelma dalam waktu yang terdekat. Segala amal perbuatannya bersandarkan persiapan untuk menemui Sang Pencipta. Rasulullah saw pernah menyebut bahawa orang yang paling bijak adalah orang yang paling banyak mengingati kematian. Membayangkan saat kematian menghampiri kita tidak bermakna kita perlu meninggalkan semua pekerjaan dunia. Tetapi, bagi orang-orang yang bijak, mereka mengingati saat kematian dan menggunakan kesempatan yang ada untuk melaksanakan segala bentuk perbuatan dan pekerjaan yang mampu memberi faedah kepada mereka di dunia dan akhirat dan meninggalkan perbuatan yang hanya menguntungkan mereka di dunia kerana keuntungan itu adalah keuntungan yang sementara bahkan memberi bebanan kepada mereka untuk selama-lamanya.

-          “ Setiap yang hidup pasti merasai mati, dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan, dan kepada Kamilah kamu akan kembali. “ ( Surah Al-Anbiya’ : 35)

DaripadaNYA kita datang, KepadaNYA kita dikembalikan

-          Jadikan kehidupan kita dan setiap ujian yang kita hadapi di dunia ini sebagai ‘converter’ atau ‘money changer’ untuk kita berurus niaga dengan Allah di fasa kehidupan yang seterusnya. Kehidapan ini hanya sementara dan kehidupan di alam barzakh dan akhirat adalah hakikat yang pasti.

-- Wallahua’alam..Siiruu’ala barakatiLLAH

Monday, 5 September 2011

Darul Ilmi : Antara Kampung Halaman, Warisan dan Amanah.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..

Kata Saidina Umar RA: " Jika kamu mahu melihat masa depan sesebuah negara, lihatlah pemuda pada hari ini. "

Apabila terkenangkan Darul Ilmi yang dirindui, terkadang rasa bersalah timbul dalam diri ini kerana kurang cakna akan perkembangan tanah berjasa tersebut. Seruan buat insan-insan yang berkaitan (anak cucu Tok Guru Mohamad bin Che Long), mari sama-sama kita bermuhasabah diri, sejauh mana cakna kita terhadap warisan ini?..cuba kiaskan apa yang dikatakan Saidina Umar di atas dengan masa depan Pondok Darul Ilmi (PDI), nak tengok masa depan PDI? " lihatlah anak-anak muda yang bakal mengganti menguruskan pentadbirannya pada hari ini." Apa persiapan kita menghadapi amanah besar ini?..Oh, seram sejuk memikirkannya.. Saudara-saudariku, kita bukan lagi kanak-kanak yang masih riang dengan permainan masing-masing, asyik dengan dunia sendiri. Kita anak muda yang bakal mewarisi satu Warisan Ulama'.


Bimbinglah kami..pewarismu..
Dah bersediakah mengganti tempat mereka?..Baba, Che Yah, Ayah Gi??..dan semua orang tua kita yang terlibat dalam pentadbiran PDI.. Ikhlas jawapanku " mestilah belum lagi!." Habis tu? nak tunggu bila? Apa persiapan nak tadbir pondok ni boleh settle dlm masa sehari? Mustahil!.. 


Ayuh wahai syabab pewaris Darul Ilmi, kita persiapkan diri untuk menghadapi satu amanah yang besar. Tidak kira apa jua bidang pengajian kita, kalau jadi doktor, jadilah doktor yang mampu bagi pengisian agama, kalau jadi teacher, jadilah teacher yang mampu mengajar mak cik pak cik baca Quran, kalau jadi akauntan, jadilah akauntan yang mampu bagi tazkirah peringatan untuk kembali kepada Sang Pencipta, kalau kalian memang dalam bidang pengajian Islam, sungguh saya cemburu pada kalian lantaran besar modal yang ada pada kalian untuk menyumbang pada Darul Ilmi..


Tolong jangan abaikan kelebihan masing-masing, ayuh kita bergabung kepakaran untuk memastikan survival PDI yang diasaskan di atas jerit perih keringat Tok Ayah. Jangan jadikan generasi kita yang mematikan perjuangan ini. Jadilah mata rantai penyambungan perjuangan Islam. Isi dada dengan ilmu dan bekalan secukupnya dari sekarang, selagi ada peluang, sebelum masanya kita sibuk untuk memberi dan ketika itu kita terkial-kial baru mula ingin mencari pengisian diri dalam masa yang sama ingin juga memberi. Ingatlah, orang yang fakir tidak akan mampu untuk memberi. 


Jentera Pewaris PDI..Insya Allah
Muhasabah dan teguran ini bukanlah dituju kepada mana-mana pihak tertentu sahaja, tetapi ia adalah teguran pukulan rata buat semua. Ikhlas. Apakah kita hanya merasakan bahawa Pondok Darul Ilmi hanya kampung halaman, atau warisan sekadar tanah pusaka sepertimana setiap daripada kita mewarisi penyakit keturunan hypotension (tekanan darah rendah...hee smpt lagi, ada kaitan ke?..=p)??


 Dan sesungguhnya yang menegur ini lebih-lebih lagi perlu memuhasabah diri. Kerana kiranya sayalah antara insan yang kurang memberi khidmat buat pondok sehingga saat ini. Seharusnya difikirkan, berjauhan dari Darul Ilmi tidak patut dijadikan sebab yang menghalang untuk kita memberi sumbangan pada PDI. Apakah ada salah satu soalan perkhabaran Darul Ilmi yang diajukan setiap kali menelefon keluarga? paling kurang: " Pondok macam mana sekarang? " atau kalau advance sikit, " macam mana masalah pondok hari tu, dah selesai? " atau " Selalu tak masjid pondok tak de tok Imam? ".. atau langsung sunyi persoalan-persoalan berkaitan Amanah Agung ini?..Aduh, terkena lagi, maaf PDI, kami TERLUPA!


p/s: post ini kemungkinan ada sambungan..mengikut kesempatan dan kesempitan masa empunya blog..Wallahua'alam.. 
--Siiruu 'Ala BarakatiLLAH!



Sunday, 4 September 2011

Dah Berjayakah Aku??

" Lagu mana preksa tadi 'Ah?." setelah memberi salam permulaan, terus mama bertanyakan khabar exam ku.. oh, tidak! apa nak jawab ni.. " tok leh jawab sangat la ma...takootnyeee.." jawabku dalam keadaan serba salah, memikirkan kertas jawapan Pathology paper 2 yang banyak merapu, bimbang mengecwakan harapan si ibu. Kalau call baba atau mama, memang x dapat lari drp bercerita tentang imtihan, tambah-tambah memang call pada musim peperiksaan akhir tahun..semestinya khabar exam mendahului khabar kesihatan anak mereka,..dan aku cuba membiasakan diri untuk call atau paling kurang mesej 2 insan tersayang ini sebelum masuk dwn exam..jadi, selepas beberapa jam keluar drp dwn exam, sama ada si anak akan telefon dari Mesir atau baba akan call direct dari Malaysia, masing-masing akan bertanya dan melaporkan kejadian yang berlaku dalam dewan peperiksaan.. Kalau dapat jawab elok, simple lah jwpnnya " Alhamdulillah."..kalau x dpt jwb sngt, seharian bermuhasabah diri, oh anak yang macam manakah aku ini..
Aku masih menunggu, apa respond mama.. "tak pe, mama dah bagi markah tinggi dkt E'ah sebab dapat bagi nasihat dkt Ahid tadi, Apa yang E'ah pesan dekat dia? mama tengok dia macam lain je lepas cakap dengan E'ah?" Eh, mama tak kecewa ke aku tak dapat jawab exam tadi??..hmm..mama memberi jawapan yang membawa perbualan kami keluar daripada topik Pathology yang ku ambil tadi.." Tak de la.. E'ah pesan biasa-biasa je, pesan tentang mati, pastu pasal kiamat, kenapa? apa respond dia? lain macam mana?" tanya ku kembali. " Dia merenung jauh.. kalau cakap dengan orang lain sebelum E'ah call, tak de la macam tu." mama sepertinya teruja dengan respond itu. Dan aku tahu, mama sangat mengharapkan support daripada anak-anaknya yang lain untuk membimbing Mujahid kami yang sedang diuji untuk mencari hakikat sebenar hidup ini.


Setelah terkenang banyak lagi pengalaman dan kejadian proses kami adik-beradik dibesarkan, kini saya mengerti, hakikat sebenar kejayaan yang diterjemahkan oleh kedua ibu bapa kami adalah " Berjayanya kami menjadi seorang INSAN."..nasihat mama yang ringkas sewaktu tingkatan 3 dulu dan masih disimpan rapi di dalam cerebrum saya " Mama tok sey anak mama dapat 9A PMR tapi lepas tu jadi tak betul sebab tension, tapi mama nak E'ah belajar untuk jadi manusia yang berguna."..mungkin dulu, terjemahan nasihat ini adalah lain, dan kini terjemahanmya lain. Lebih matang,.Owh, baru ku nampak, apa erti kejayaan..

Zagazig University, Egypt


Buat sahabat sahabiah, adik-adik, kakak-kakak yang baca post ini, cuba nilai kembali apa erti kejayaan bagi kita, kalau kejayaan dpt result exam tinggi, top3, dapat anugerah dekan, mumtaz, dapat naik pangkat, dapat naik gaji atau sebagainya, kejayaan tersebut tidak kekal. Tapi, kejayaan menjadi HAMBA ALLAH, mampu mencapai Redha Ilahi dan bawa orang lain bersama-sama mendapatkan keredhaanNYA, itulah kejayaan yang perlu dikejar. Apa guna dunia yang sementara kita mampu genggam, tapi akhirat yang berkekalan hilang jauh dari pandangan. Tak salah mengejar kejayaan dalam akademik malah ia amat dituntut dalam Islam, tetapi jangan sampai terabai mencari kejayaan akhirat.. Wallahua'alam



~ Dakwah Mantap, Akademik di Puncak!~

Thursday, 1 September 2011

Sampaikanlah Walaupun Sepotong Ayat..

BismillahiRRahmaniRRahim...


" Sesungguhnya agama (yang benar dan diredhai) di sisi Allah ialah Islam." (Aali-Imran: ayat 19)


" Dan sesiapa yang mencari agama selain agama Islam, maka tidak akan diterima daripadanya, dan ia pada hari akhirat kelak dari orang-orang yang rugi." (Aali-Imran: 85)


--Thabatkan kami Ya Allah..