Tuesday, 28 May 2013

Bukan salah "Arab A'mmi"!

Bismillahirrahmanirraheem.. 
Selawat dan salam ke atas baginda Nabi Muhammad saw dan sahabat2 baginda..

Skrg dh sampi akhir bln 5.. adik2 preclinical (thn 1-3 ) fakulti Perubatan Univ. Zagazig dh melepasi paper ke-2 final exam sesi pengajian 2012/2013,. kami thn 5 ni tinggal 3 bulan je lg nk final exam.. thn 5 yg paling menguji.. kalau dulu sy selalu dgr plajar2 medik kat mesir ni sebut thn 3 susah,. tp thn 5 ni berlipat kali ganda tough drp thn 3.. jujurnya, semasa midterm thn 5 baru2 ni, baru saya benar2 terasa 'banyaknya medik!'...tu baru 1st midterm.. blm lg 2nd midterm, dan final exam kami.. Ya Allah, permudahkanlah..jd, adik2 yg nak ambik medik.. fikir btul2, knp awk nak ambik medik?, lebih tepatnya akk nak pesan, perbetulkan niat dulu dik.. nnti menyesal.. 

bila thn 5 ni, baru terasa bnyk benda yg kami x ter'cover' lg spnjg Allah beri peluang kpd kami menuntut ilmu di ardhul kinanah ni.. terutamanya bahasa arab dan ilmu2 yg mnjadi nilai tambah untuk graduan dari Mesir..

Masjid Al-Azhar, lambang ilmu dan ulama'..

Ambil iktibar daripada sejarah, dtg mesir ni, nak jadi Nabi Musa bleh, nak jadi Fir'aun pun bleh.. sila pilih!

" Akak, mcm mana akk blajar cakap arab?".. tanya seorg junior baru.,
 " Akk praktikal dengan pesakit arab, macam mana akk communicate dgn diorg?, mcm mana nak cek diorang? ",. soalan famous utk senior2 klinikal
 " Mcm mana nak ambil history patient nanti?.. x faham la dia cakap..", kemusykilan drp pljr2 klinikal..
" You can speak arabic? ".. soalan yg lazim akn ditanya oleh Doktor kuliah dlm minit2 terawal..
 " SYUWAIYYA! " .. dengan yakin dan semangatnya semua jawab dgn jwpn 'keramat' ni, dari thn 1 sampai thn 5 la,. x pernah berubah.. huhu ( Syuwaiyya tu mksudnya sikit2)
hmm, kalau kene dgn jwpn reply drp doktor yg 'pedas' sikit, " You stay in Egypt for 5 years but can't speak arabic??..",. haa, kan dah kene.. -_-!,. sebab tu sy lebih suka jawab "Inshaa Allah", kalau doc2 atau org2 arab tanya " kallim arabi??" ( bleh cakap arab??)..

Satu pesanan buat diri saya, adik2, kakak2 yg bakal naik thn klinikal, mahupun kwn2 sebatch.. satu perkara yg saya belajar di Mesir,. PROAKTIF!.. walaupun kdg2 saya x berapa proaktif sgt pun.. sbb tu kene ada pringatan ni.. Sungguh,. hidup di Mesir ni, anda x kan dpt kalau x bersegera push diri sendiri, proaktif dan jgn malu utk belajar.. 

Kalau adik junior tanya saya mcm mana akk bljr ckp bhs mesir??.. saya akn jwb, belajar dgn org Mesir.. dik, akk dulu asal dari tak tahu.. tp akk pergi kedai, akk tanya p.cik kedai, mak cik sayur, ammu gam'ah ( p.cik universiti ),. " ni apa? ", " itu apa?",. " mcm mana nak sebut? ".. dan mereka tidak pernah ketawakan kita yg nak belajar bhs diorg.. bnyk pengalaman dlm persatuan akk gunakan sebagai peluang keemasan utk belajar lebih.. nk settelkan masalah kwn2, urusan2 dengan p.cik2 HEP universiti yg x bnyk tahu BI.. akhirnya kekangan2 itu, cbrn untuk memberikan kebajikan yg tebaik buat shbt2 menjadi batu loncatan kpd akk utk cepat terbiasa dgn bhs ibunda misriyyeen.. Ingatlah, terjadinya hypertrophy itu kerana force yg dihadapi adalah kuat,. ( ni budak medik je paham.. maap ye, )

Round tropical
Walaupun lah begitu, kami masih merana dengan cabaran berbahasa arab ketika nak berinteraksi dengan pesakit2 Egyptian terutamanya drp kampung2, dan yg dh berumur,.. mula lah gelisah,.'Allah, pekatnya bhs p.cik ni!', mana nak faham cerita pesakit, mana nak faham complaint pesakit,. dy cakap sakit kaki, kita cek kat tgn.. memang nak kene la kan, =p.. jd, nasihatnya, jgn jd mcm batch kami.. merana.. belajar lebih awal ye adik2.. 

tak jadi masalahpun kalau anda bukan dari skolah agama, xde basic bhs arab.. tp kalau anda mahu, apa2 shj bleh jadi milik anda dengan izin Allah,. kalau nak, buat cara nak, ye dop??.. kalau dah masuk tahun klinikal, tp tak tahu berbahasa arab,. dan anda tidak terkehadapan untuk belajar berkomunikasi dengan pesakit tempatan, tak nak ambil kesempatan yang ada, bagi orang lain je yg develop skill tu, maka anda tidak akn dpt apa2.. jd, jgn salahkan bhs ibunda org mesir kalau kita x dpt skill yg sepatutnya, kerana kita di negara mereka..(sape suh datang Mesir??.. hee, guarau je..~~) bhs itu darah daging mereka... x faham tanya, tak ingat hafal, tak tahu cari.. itu kuncinya.. (hah, saya pun terasa skali..)... btw, saya tetap kagum dgn beberapa shbt sekelas yg sngt gigih cuba belajar memahami bhs dan segala complaint pesakit..ada, yg masih gigh, bukan takde langsung..=D

Makan to'miyah dah, makan syawirma dah, makan i'sh balady dah, makan krib dah,..smua dah.. cakap arab je belum... haih, last skali, p.cik2 jual air, p.cik kedai to'miyah, p.cik kedai buah, p.cik kedai runcit yg pandai ckp melayu.. eheh,. sape pegi negara sape??.. hmm,. 

#jgn rasa dah terlambat untuk belajar sesuatu, mulakan dan bermujahadah lah #


Umur meningkat, mati dah dekat..

Bismillah walhamduliLLAH,.

Post berkaitan birthday, tp sminggu slps tarikh sbnr.. takpo la deh..

Alhamdulillah ramai yang mendoakan kebaikan untuk saya sepanjang hari 22 Mei 2013,. terima kasih, buat semua yg  mendoakan segala kebaikan itu.. saya anggap semuanya hadiah special daripada kalian.. =)

Pagi itu, saya dapat 'hadiah' seorang patient daripada Neurology Department, Mustasyfa Sadnawy.. kene ambik dan present history..(susah kot nk ambik history neuro, dlm bhs arab ammi yg sngt mencabar!) walaupun sngt la rasa tertekan nak completekan task tu, tp saya cuba positifkan fikiran,. dan timbul idea, letakkn dalam fikiran, ni "hadiah besday" pertama thn ni.. ya, hadiah ilmu yg sgt special, sbb sy yg kene present hari tu, dan sy yg dpt skill tu, bukan org lain.. maka itulah hadiah milik saya.. =]

Syukran buat anak-anak Usrah akk yg sgt smngt buat surprise mlm tu, walaupun kebanyakan dalam fatrah final exam, tp kalian tidak lokek utk meluangkan masa bersama 'bonda' mu.. 'prank' yg sgt special!.. Kek yang sangat menarik dan sedap lg moist!.. =] ( sape yg baking??, sape designer ni??,. untungla..=p )

Kek paling special, daripada anak2 usrah..=D
Syukran juga buat sahabat2 yg bagi hadiah hari tu.. bila tengok hadiah2 tu, rasa mcm ramai lg org yg sy x bagi hadiah besday nya.. =I..

Trima kasih utk hadiah2 ni.. yg pastinya, semua hadiah ni menggalakkan saya 'membesar' dengan cemerlang!.. hihi, coklat-coklat-coklat-cake.. =)

My beloved ahli beit,. terharu dapat hadiah gambar dan lain2 hadiah tu darp kalian.. syukran k.mus n k.is.. ( gambar ahli beit ada logo LIFE lagi tuh..=I )


I'm the youngest,. tp ramai yg teka umur saya 'terlebih'.. huhu
Akhirnya, (tp sebenarnya yg 1st .. hee,.) trima kasih, syukran, thank you buat mama dan baba yg gigh membesarkan anaknda sampai jd 'besar gemilang' lagu ni.. haha, trima kasih atas didikan dan pengorbanan baba dan mama dulu kini selamanya,. (apa ;g ayat yg paling special nak bagi dkat 2 insan ini..??, speechless =] )

Terima Kasih skali lg buat semua yg memeriahkan hidup hamba selama 22 thn kehidupan hamba.. 
Semoga doa kalian untuk diri ini bukan shj pd tarikh kelahirannya, tp doakn juga pd tarikh kematiannya kelak,.. sekiranya telah tiba tarikh hamba kembali kepada Allah, sedeqahkan Sab'ul mathani kepadanya, teruskan doakn rahmat untuknya, keampunan untuknya, dan ruhnya bersama syuhada', anbiya' dan solihin,. Jazakumullahakathira,. 
# dah dekat dgn tarikh mati #

Monday, 13 May 2013

Mabrouk Dokturah Syamilah.. Semoga menjadi "doktor ummah"..=]

tahniah Ustz Mad n Ustzh Shamshiah, buleh sorg doktor doh!.. =]
   syukran mek, ayah tie, che za, a.long, k.long, a.ngah ..=) nnti Eah grad, jemput dtg lagi..

with k.zati..


menginspirasikan!

Taubat Ka'ab bin Malik



Bismillah walhamdulillah, selawat dan salam ke atas Baginda Nabi Muhammad s.a.w, ahli beit baginda dan para sahabat yang banyak mengerah keringat menyebarkan Islam keseluruh dunia..

Kisah ini bukan kisah pertama yang di ceramahkan di Masjid ini, kerana ia adalah menjadi Teladan Tarbiyah yang dilakukan oleh Rasulullah saw demi melaksanakan hukum syariat dan hukum fiqhul awaliyyat. Dalam Hadith ini sangat panjang untuk dibicarakan dan kisah ini masuk dalam bahagian At-Tajarrud. Mungkin di antara kita sudah sering mendengar kisah tentangnya. Biasanya kisahnya dihubungkan dengan kefuturan (lemah iman) dan perjuangan bersama Rasulullah saw.

Pada perang Tabuk, ada beberapa sahabat yang tidak berangkat berperang. Salah satu di antara mereka. Salah satu di antara mereka adalah Ka’ab bin Malik. Marilah kita dengarkan cerita Ka’ab yang menunjukkan kejujuran imannya, usai turunnya pengampunan Allah atas dosanya.

“Aku sama sekali tidak pernah absent mengikuti semua peperangan bersama Rasululah saw, kecuali dalam perang Tabuk. Perihal ketidakikutsertaanku dalam perang Tabuk itu adalah karena kelalaian diriku terhadap perhiasan dunia, ketika itu keadaan ekonomiku jauh lebih baik daripada hari-hari sebelumnya. Demi Allah, aku tidak pernah memiliki barang dagangan lebih dari dua muatan unta, akan tetapi pada waktu peperangan itu aku memilikinya. Sungguh, tidak pernah Rasullah saw. merencanakan suatu peperangan melainkan beliau merahsiakan hal itu, kecuali pada perang Tabuk ini. Peperangan ini, Rasulullah saw. lakukan dalam keadaan panas terik matahari gurun yang sangat menyengat, menempuh perjalanan nan teramat jauh, serta menghadapi lawan yang benar-benar besar dan tangguh. Jadi, rencananya jelas sekali bagi kaum muslimin untuk mempersiapkan diri masing-masing menuju suatu perjalanan dan peperangan yang jelas pula.

Rasulullah saw. mempersiapkan pasukan yang akan berangkat. Aku pun mempersiapkan diri untuk ikut serta, tiba-tiba timbul fikiran ingin membatalkannya, lalu aku berkata dalam hati, “Aku boleh melakukannya kalau aku mau!” Akhirnya, aku terbawa oleh fikiranku yang ragu-ragu, hingga para pasukan kaum muslimin mulai meninggalkan Madinah. Aku lihat pasukan kaum muslimin mulai meninggalkan Madinah, maka timbul fikiranku untuk mengejar mereka, tetapi mereka belum jauh. Namun, aku tidak melakukannya, kemalasan menghampiri dan bahkan menguasai diriku.

Tampaknya aku ditakdirkan untuk tidak ikut Akan tetapi, sungguh aku merasakan penderitaan batin sejak Rasulullah saw. meninggalkan Madinah. Bila aku keluar rumah, maka di jalan-jalan aku merasakan keseorangan diri sebab aku tidak melihat orang kecuali orang-orang yang diragukan keislamannya. Merekalah orang-orang yang sudah mendapatkan rukhshah atau izin Allah Ta’ala untuk uzur atau kalau tidak demikian maka mereka adalah orang-orang munafik. Padahal, aku merasakan bahwa diriku tidak termasuk keduanya.
Konon, Rasulullah saw. tidak menyebut-nyebut namaku sampai ke Tabuk. Setibanya di sana, ketika beiau sedang duduk-duduk bersama sahabatnya, beliau bertanya, “Apa yang dilakukan Ka’ab bin Malik?” Seorang dari Bani Salamah menjawab, “Ya Rasulullah, ia ujub pada keadaan dan dirinya!” Mu’az bin Jabal menyangkal, “Buruk benar ucapanmu itu! Demi Allah, ya Rasulullah, aku tidak pernah mengerti melainkan kebaikannya saja!”Rasulullah saw. hanya terdiam saja.

Beberapa waktu setelah berlalu, aku mendengar Rasulllah saw. kembali dari kancah jihad Tabuk. Ada dalam fikiranku berbagai desakan dan dorongan untuk membawa alasan palsu ke hadapan Rasulullah saw., bagaimana caranya supaya tidak terkena marahnya? Aku minta pandapat dari beberapa orang keluargaku yang terkenal berpikiran baik. Akan tetapi, ketika aku mendengar Nabi saw., segera tiba di Madinah, lenyaplah semua fikiran jahat itu. Aku merasa yakin bahwa aku tidak akan pernah menyelamatkan diri dengan kebatilan itu sama sekali. Maka, aku bertekad bulat akan menemui Rasulullah saw. dan mengatakan dengan tidak sebenarnya.

Pagi-pagi, Rasulullah saw. memasuki kota Madinah. Sudah menjadi kebiasaan, kalau beliau kembali dari suatu perjalanan, pertama masuk ke masjid dan shalat dua rakaat. /Demikian pula selesai dari Tabuk, selesai solat beliau kemudian duduk melayani tetamunya. Lantas, berdatanganlah orang-orang yang tidak ikut perang Tabuk dengan membawa alasan masing-masing diselangi sumpah palsu untuk menguatkan alasan mereka. Jumlah mereka kira-kira lapan puluhan orang. Rasulullah saw. menerima alasan lahir mereka; dan mereka pun memperbaharui baiat setia mereka. Beliau memohonkan ampunan bagi mereka dan menyerahkan soal batinnya kepada Allah. Tibalah giliranku, aku datang mengucapkan salam kepada beliau. Beliau membalas dengan senyuman pula, namun jelas terlihat bahwa senyuman beliau adalah senyuman yang memendam rasa marah. Beliau kemudian berkata, “Kemarilah!”

Aku pun menghampirinya, lalu duduk di hadapannya. Beliau tiba-tiba bertanya, “Wahai Ka’ab, mengapa dirimu tidak ikut? Bukankah kau telah menyatakan baiat kesetianmu?” Aku menjawab, “Ya Rasulullah! Demi Allah. Kalau duduk di hadapan penduduk bumi yang lain, tentulah aku akan berhasil keluar dari amarah mereka dengan berbagai alasan dan dalil lainnya. Namun, demi Allah. Aku sedar kalau aku berbicara bohong kepadamu dan engkau pun menerima alasan kebohonganku, aku bimbang Allah akan membenciku. Kalau kini aku bicara jujur, kemudian kerana itu engkau marah kepadaku, sesungguhnya aku berharap Allah akan mengampuni kealpaanku. Ya Rasululah saw., demi Allah, aku tidak punya uzur. Demi Allah, keadaan ekonomiku aku tidak pernah stabil dibanding tatkala aku mengikutimu itu!” Rasulullah berkata, “Kalau begitu, tidak salah lagi. Kini, pergilah kau sehingga Allah menurunkan keputusan-Nya kepadamu!”

Aku pun pergi diikuti oleh orang-orang Bani Salamah. Mereka berkata kepada, “Demi Allah. Kami belum pernah melihatmu melakukan dosa sebelum ini. Kau tampaknya tidak mampu membuat-buat alasan seperti yang lain, padahal dosamu itu sudah terhapus oleh permohonan ampun Rasulullah!” Mereka terus saja menyalahkan tindakanku itu hingga ingin rasanya aku kembali menghadap Rasullah saw. untuk membawa alasan palsu, sebagaimana orang lain melakukannya. Aku bertanya kapada mereka, “Apakah ada orang yang senasib denganku?” Mereka menjawab, “Ya! Ada dua orang yang jawabannya sama dengan apa yang kau perbuat. Sekarang mereka berdua juga mendapat keputusan yang sama dari Rasulullah sebagaimana keadaanmu sekarang!”

Aku bertanya lagi, “Siapakah mereka itu?”
Mereka menjawab, “Murarah bin Rabi’ah Al-Amiri dan Hilal bin Umayah Al-Waqifi.” Mereka menyebutkan dua nama orang soleh yang pernah ikut dalam perang Badr dan yang patut diteladani. Begitu mereka menyebutkan dua nama orang itu, aku bergegas pergi menemui mereka.

Tak lama setelah itu, aku mendengar Rasululah melarang kaum muslimin berbicara dengan kami bertiga, di antara lapan puluhan orang yang tidak ikut dalam perang tersebut. Kami menyendiri diri dari masyarakat umum. Sikap mereka sudah lain kepada kami sehingga rasanya aku hidup di suatu negeri yang lain dari negeri yang aku kenal sebelumnya. Kedua rakanku itu duduk di rumah masing-masing menangisi nasib dirinya, tetapi aku yang paling kuat dan tabah di antara mereka. Aku keluar untuk solat jamaah dan keluar masuk pasar meski tidak seorang pun yang mau berbicara denganku atau menanggapi bicaraku. Aku juga datang ke majilis Rasullah saw. sesudah beliau solat. Aku mengucapkan salam kepada beliau, sembari hati kecilku bertanya-tanya memperhatikan bibir beliau, “Apakah beliau menggerakkan bibirnya menjawab salamku atau tidak?” Aku juga solat dekat sekali dengan beliau. Aku mencuri pandang melihat pandangan beliau. Kalau aku bangkit mau solat, ia melihat kepadaku. Namun, apabila aku melihat kepadanya, ia palingkan mukanya cepat-cepat. Sikap dingin masyarakat kepadanya, ia palingkan mukanya cepat-cepat. Sikap dingin masyarakat kepadaku terasa lama sekali. Pada suatu hari, aku mengetuk pintu pagar Abu Qaradah, saudara dekatku dan ia adalah saudara yang paling aku cintai. Aku mengucapkan salam kepadanya, tetapi demi Allah, ia tidak menjawab salamku. Aku menegurya, “Abu Qatadah! Aku mohon dengan nama Allah, apakah kau tau bahawa aku mencintai Allah dan Rasul-Nya?”
Ia diam. Aku mengulangi permohonanku itu, namun ia tetap terdiam. Aku mengulangi permohonanku itu, namun ia tetap terdiam. Aku mengulanginya sekali lagi, tapi ia hanya menjawab, “Allah dan Rasul-Nya lebih tahu!” Air mataku tidak tertahankan lagi. Kemudian aku kembali dengan penuh rasa kecewa. Pada suatu hari, aku berjalan-jalan ke pasar kota Madinag. Tiba-tiba datanglah orang awam dari negeri Syam. Orang itu biasanya mengantarkan dagangan pangan ke kota Madinah. Ia bertanya, “Siapakah yang mau menolongku menemui Ka’ab bin Malik?”

Orang-orang di pasar itu menunjuk kepdaku, lalu orang itu datang kepadaku dan menyerahkan sepucuk surat kepadaku dan menyerahkan sepucuk surat dari raja Ghassan. Setelah kubuka, isinya sebagai berikut, “… Selain dari itu, bahwa sahabatmu sudah bersikap dingin terhadapmu. Allah tidak menjadikan kau hidup terhina dan melana. Maka, ikutlah dengan kami di Ghassan, kamu akan menghiburmu!” Hatiku berkata ketika membaca surat itu, “Ini juga salah satu ujian!” Lalu aku memasukkan surat itu ke dalam tongku dan membakarnya. Pada hari yang ke-40 dari pemulauanku di kampong halaman sendiri, ketika aku menanti-nantikan turunnya wahyu tiba-tiba datanglah kepadaku seorang pesuruh Rasulullah saw. menyampaikan pesannya, “Rasulullah memerintahkan kepadamu supaya kamu menjauhi isterimu!”

Aku semakin sedih, namun aku juga semakin pasrah kepada Allah, hingga terlontar pertanyaanku kepadanya, “Apakah aku harus menceraikannya atau apa yang akan kulakukan?”
Ia menjelaskan, “Tidak. Akan tetapi, kamu harus menjauhkan dirimu darinya dan menjauhkannya dari dirimu!”
Kiranya Rasulullah juga sudah mengirimkan pesannya kepada dua sahabatku yang bernasib sama. Aku langsung memerintahkan kepada isteriku, “Pergilah kau kepada keluargamu sampai Allah memutuskan hukumnya kepada kita!” Isteri Hilal bin Umaiyah datang menghadap Rasulullah saw. lalu ia bertanya, “Ya Rasulullah, sebenarnya Hilal bin Umaiyah seorang yang sudah sangat tua, lagi pula ia tidak memiliki seorang pembantu. Apakah ada keberatan kalau aku melayaninya di rumah?”

Rasulullah saw. menjawab, “Tidak! Akan tetapi ia tidak boleh mendekatimu!” Isteri Hilal menjelaskan, “Ya Rasulullah! Ia sudah tidak bersemangat pada yang itu lagi. Demi Allah, yang dilakukannya hanya menangisi dosanya sejak saat itu hingga kini!”

Ada seorang keluargaku yang juga mengusulkan, “Cuba minta izin kepada Rasulullah supaya isterimu melayai dirimu seperti halanya isteri Hilal bin Umayah!” Aku menjawab tegas, “Tidak Aku tidak akan minta izin kepada Rasulullah saw. tentang isteriku. Apa katanya kelak, sedangkan aku masih muda?” Akhirnya, hari-hari selanjutnya aku hidup seorang diri di rumah. Lengkaplah bilangan malam sejak orang-orang dicegah berbicara denganku menjadi 50 hari 50 malam. Pada waktu sedang solat subuh di suatu pagi dari malam yang ke-50 ketika aku sedang duduk berzikir minta ampun dan mohon dilepaskan dari kesempitan hidup dalam alam yang luas ini, tiba-tiba aku mendengar teriakan orang-orang memanggil namaku. ‘Wahai Ka’ab bin Malik, bergembiralah! Wahai Ka’ab bin Malik, bergembiralah!”

Mendengar berita itu aku langsung sujud memanjatkan syukur kepada Allah. Aku yakin pembebasan hukuman telah dikeluarkan. Aku yakin, Allah telah menurunkan ampunan-Nya. Rasulullah menyampaikan berita itu kepada shahabat-shahabatnya setelah selesai solat subuh bahawa Allah telah mengampuni aku dan dua orang shahabatku. 
Berlumba-lumbalah orang mendatangi kami, hendak menceritakan berita germbira itu. Ada yang datang dengan berkuda, ada pula yang datang dengan berlari dari jauh mendahului yang berkuda. Sesudah keduanya sampai di hadapanku, aku berikan kepada dua orang itu kedua pakaian yang aku miliki. Demi Allah, saat itu aku tidak memiliki pakaian kecuali yang dua itu. Aku mencari pinjaman pakaian untuk menghadap Rasullah. Ternyata aku telah disambut banyak orang dan dengan serta merta mereka mengucapkan selamat kepadaku. Demi Allah, tidak seorang pun dari muhajirin yang berdiri dan memberi ucapan selamat selain Thal’ah. Sikap Thalhah itu tak mungkin aku lupakan. 

Sesudah aku mengucapkan salam kepada Rasulullah, mukanya tampak cerah dan gembira, katanya kemudian, “Bergembiralah kau atas hari ini! Inilah hari yang paling baik bagimu sejak kau dilahirkan oleh ibumu!” “Apakah dari Allah ataukah dari engkau ya Rasulullah?” tanyaku sabar. “Bukan dariku! Pengampunan itu datangnya dari Allah!” jawab Rasul saw. Demi Allah, aku belum pernah merasakan besarnya nikmat Allah kepadaku sesudah Dia memberi hidayah Islam kepadaku, lebih besar bagi jiwaku daripada sikap jujurku kepada Rasulullah saw.” Ka’ab lalu membaca ayat pengampunannya itu dengan penuh haru dan syahdu, sementara air matanya berderai membasahi kedua pipinya. “Dan terhadap tiga orang yang ditangguhkan (penerimaan taubat) mereka, hingga apabila bumi telah menjadi sempit bagi mereka, padahal bumi itu luas, dan jiwa mereka pun telah sempit (pula terasa) oleh mereka, serta telah mengetahui bahwa tidak ada tempat lari dari (siksa) Allah melainkan kepada-Nya saja. Kemudian, Allah menerima taubat mereka agar mereka tetap dalam taubatnya. Sesungguhnya Allah-lah Yang Maha Menerima taubat lagi Maha Penyayang.” (At-Taubah:118)

_bab taubah : Riyadhussolehin_

Dari coretan "Muka Buku" al-Ilmi =)

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang...

-- tujuan post kali ni adlh warming up utk Dokturah darul ilmi memulakan balik perkongsian dlm blog yg dah lama x terjenguk ni.. huhu, sorry...(muhasabah2..)

-- tp, saya hanya ambik beberapa post drp status fb yg pernah sy kongiskan baru2 ni,. supaya bbrp peringatan yg dipost dlm fb tu x turun, 'ditelan' post2 baru.. hehe..




_9 April 2013_

Kalau bleh buat 4 benda ni, silakan buat maksiat :

1. Jangan makan rezeki Allah bagi. gi cari mknn/rezeki lain!!
2. Jangan duduk atas bumi Allah cipta.. cari tempat lain!!
3. Pastikan tempat yg kamu buat maksiat tu Allah tak nampak!!
4. Kamu mampu tahan malaikat maut cabut nyawa kamu untuk kamu bertaubat jika ajalmu telah tiba...

sape bleh sempurnakan 4 perkara ni.. silakannnnnn....

_14 April 2013_

Tengah2 kelas pediatric (kanak-kanak) tadi,. menerima psnn ringkas ayahnda tercinta,.masa doc baru masuk kelas ke-2, saya curi2 baca mesej trsbut.. walaupun sngt ringkas, tp sngt2 difahami, beliau sdg memerlukan support dan kalam2 semangat dari anak2,. sebak pulak bila dfikirkan keterbatasan jarak negara utk bersama beliau...

jadi, saya ingin mengusulkan, setiap anak yg berjauhan untuk mesejkan pd baba kalam smangat, setiap 3 hari sekali.. dan baca yasiin SETIAP HARI + doakn kemenangan ISLAM.. ini je yg I bleh tolong =I.. Solehatu Alnisak Mohamad Shakirah Mohamad Kak Nick Mohamad Mukhlis Mohamad Syazwani Mohamad Mujahid Mhd

_23 April 2013_

terbaca artikel menarik.. (keluar dr isu PRU13 kejap..=p)

Kids can tell left from right as early as 3 years. Every kid has a bank of words in their brain. For every kid the bank is a different size. Some kids need to hear a word 700 hundred times before they "know" the meaning of that word and can use it. Some kids with learning difficulties need lots more. Keep saying it to add to your child's bank.

But...Never, never, never teach right with left at the same time. This is the mistake that creates adults with difficulties with left and right or difficulties recognizing b and d. Never teach them together. Pick one (if you kid is right handed, teach right, if he is left handed only teach left) and make sure that for him there is the right hand and "the other hand" for a long time before you introduce the left.

I am a special education teacher. You won't believe how many problems there are only because similar things were introduced together and the kids (and grown ups) can't tell which one is which.

So the age is not the important thing, but the way they learn it.

--------------------------------------------------------

smpai skrg sy masih ingat mcm mana di "sound" oleh cikgu apbl stiap kali menulis, huruf 'b' sentiasa tertukar dgn huruf 'd' dan begitulah sebaliknya.. huhu,. dan, mcm mana sblm tu mmng rasa paling bermasalah nk belajar mmbezakan yg mana kanan, dan yg mana kiri..
akhirnya, saya ,menjumpai jalan penyelesaian dgn mencari apa2 tanda yg jelas pada tangan sebelah kanan sy supaya x lg tertukar kanan dan kiri.. dan kebetulan pada ibu jari kanan saya ada parut yg kekal kesan ditimpa cermin almari yg tajam... maka, sy berpegang bhw tgn yang punya parut itu saya yakini ia adlh sebelah KANAN... sehingga sekarang, melihatkan kesan parut itu masih kekal, kenangan itu juga sentiasa kekal... hehe.. =I


_26 April 2013_
Bismillah,.
semalam menerima panggilan terus dari Kuwait.. bertalu2 soalan feqh dan cara berdakwah disoal adik lelaki dari sana,. huh, jauhnye cari sumber.. kuwait-mesir merentasi beribu kilometer.. daripada persoalan aurat kaki wanita, terus kpd cara2 solat wanita dan mcm mana nak elak anak murid perempuan nak bersalaman dgn ustz,.

yg paling menarik, persoalan tentang ikhtilat,. saya fikir, saya hanya memikirkan mslh ikhtilat pelajar2 melayu shj di sini (Mesir),. tapi tidak di sana,. dia pening memikirkan sahabatnya warga Pakistan yang terjerumus dgn masalah ikhtilat tidak syari'e dgn seorang wanita Kuwait.. pening memikirkan mcm mana nak tegur sahabat Pakistan itu, ditanya kakknya di Mesir..saya cuba memberikan pandangan dan beberapa cdgn seruan dakwah utk saudara seaqidahnya itu.. Allah, luasnya skop dakwah Islam itu tidak membataskan hubungan bangsa dan negara,.

--org kata, islah keluarga kerabat terdekat itu perlu diutamakan, kalau di negara org ni, semua warga Malaysia saya kira family saya krn kalian lebih dekat berbanding Egyptian,. jadi, sama2 kita tegur2 sahabat2 yg terlepas pandang dlm mslh ikhtilat tidak syari'e ini, jgn marah kalau kami 'ter'menegur kalian, kerana kami SAYANG kan kalian... --exam2 ni jaga hubungan blako deh..(Allah, manusia, diri sendiri).. 

**teruja#terimakasehberkongsipengalaman**


_25 April 2013_

tengah2 'stalk' aktiviti my hero... tiba2 terjumpa gambar ni, Allah.. air mata x dapat menahan tangisan.. Solehatu Alnisak Mohamad Shakirah Mohamad Kak Nick MohamadSyazwani Mohamad Mukhlis Mohamad Mukramah Mohamad Mujahid Mhd,.kenal dok kubur mano ni?? biar gambar berbicara.. baba dah tunjuk, dy nak ank dio jadi lagu mano.. apa yg dy nak anak dy buat utk dy.. (rindu udara tarbiyah jumaat seperti ini,).. Ya Allah, jadikan kami anak2 soleh-solehah..ameen



_5 May 2013 -- pasca PRU13_

Nasib baik ada HARI AKHIRAT, ada SYURGA, ada NERAKA.. di sana lebih ADIL... dan kerajaanNYA sahaja yg akan KEKAL.. *tenang*teruskan gerak kerja Islam*perjuangan belum berakhir* =]

_5 May 2013_
kul 7.07pm Mesir, = Malaysia 1.07a.m... baba call, maaf x sempat angkat...tgh solat mghrib,,.sngt teruja!, ada miskol dr baba, saya tahu..saat tu baba baru sampai rumah, baru ada masa utk rehat kejap stelah sekian lama, dan dia cuba 'membayar hutang' call saya sblm ni yg x sempat dilayan... Allah, rindu nak 'bergayut' dgn beliau... **selamat ambik tenaga baru, nafas baru, teruskan perjuangan** =]





_6 May 2013_

Org malaysia ramai yg pelik ngan student malaysia yg blajar kat mesir, tp x pandai ckp arab (esp pljr sains kesihatan)... hmm, saya pun x tw nk terang sbb apa... diorg ckp, student mlysia pergi korea, balik2 bleh ckp korea lancar je, knp mesir x mcm tu??.. hmm,. 

tp betul la teguran tu kan??..(sbb kdg2 sy pun terasa skali kalau diuji bhs arab oleh ayahnda..*_*!)

teringat on d way ke Mansurah td, asalnya sy x nak naik kereta sorg p.cik ni, sbb sy dgr dy ckp nk pegi tempat lain, bila sy tnya mansurah dy angguk dan paksa sy naik.. siap tinggi2 suara lg, berkali2 sy tnya "Mansurah?".. dan berkali2 dy cakap ya.. sy naik la kan... tgh2 perjalann, ada sorg penumpang muda merokok,. haa.. mulut saya ni ter'laser' sket, ter menegur la p.cik tu utk x merokok..bhy utk kesihatan.. huh, dasar doktor.. lg pun dy merokok x kene tempat!..dy merokok, org lain kene cancer, mana adil...

tngh2 elok sampai simpang ke Dumyat, pemandu suruh turun, dy ckp pegi ambik taxi sane, nk pegi mansurah, aku nak pegi dumyat.. haa.. memang nak carik gaduh la kan p.cik ni..dah la tambang tu saya byr penuh, tiba2 main hantar skerat2 je.. apa lagi, pergaduhan berlaku..sy bertegas x nak turun dr kereta tu,. berbalas mulut la ngan p.cik tu..hadis tak hadis semua terkeluar.. haish..dy ingat kami x tahu bhs dy??..senang2 nak tipu.. hai la arab,. p.cik2 dlm kereta tu pun tolong aku berdebat skali..nasib baik ramai backup, diorg ckp "jgn main2 ngan banat ni, dy tahu bhs kita.. dy muslim, kamu muslim x? dy baca hadis td".. haha good job p.cik2,..akhirnya p.cik tu terpaksa hntr jugak "banat malizy" ni ke Mansurah..sape suh tipu kami kata nak pg Mansurah??.. huhu, nasib baik x kene bw lari sampai dumyat...

tiba2 terfikir, risaukan shbt2 malizy lain..kalaulah scene ni terkena pd shbt2 yg x mmpu berbhs arab, mcm mana nk bela diri??.. terpaksa turun cari taxi lain??., atau ter'sampai' dumyat??..atau....??

jgn malu utk bljr.. xtw bertanya.. xde sape rugi pun..


_9 May 2013_


Bismillah.. tngh2 fatrah exam ni,. biasanya ramai yg dilanda dilema nak nak cari 'bakal imam' n "bakal makmum",. ramai duk fikir tentang Bait Muslim dan aktif berurusan dgn UBM,. yg belum berpunya fikir nak cari org,yg bercouple rasa nk bertunang., yg dah bertunang fikir nak kawen... maaf 'ter'post status 'panas'.. tp bukan saje2 sbnrnya ada bnda nak tegur sikit..

satu perkara yg nak disentuh adalh tntg penjagaan status anda sedang berurusan dgn UBM,. sama ada anda ditaqdim atau mentaqdim org,.. tolong jgn dihebahkan kepada org ramai sgt. (kecuali, kpd bbrp org yg kita thiqah dn ingin bertanya pndgn tentng individu tertentu)... pd pndgn sy, hal ni perlu dijaga dn xperlu dihebahkan pd rmai org shingga mnjadi buah mulut, sedangkan ianya tak confirm lg berakhir dgn perkahwinan...

kesan drp sesetngh drp kita yg 'kurang menjaga',. Unit Bait Muslim yg dipersalahkn, mula la ada kata2 : "x thiqah pd UBM, sbb mendedahkan urusan UBM pd org lain",. sedangkan yg bukak cerita adlh individu lain, bukannya UBM itu sendiri.. last2, ada yg xnak guna UBM, mula berurusan sendiri tanpa memikirkan bahaya fitnah berikhtilat yg dicucuk syaitan, na'udzubillah..

itu baru salah satu kesan, belum lg dikira effect gossip2 dan finah yg akhirnya bnyk berubah drp cerita asal... drp org lain yg ditaqdim kpd org lain yg menolak taqdim.. hai laa.. pening pulak org yg timbul namanya nk menjawab...

jd, utk mengelak drp bnyk lg kesan yg x diingini dan demi kesejahteraan Bait Muslim yg bakal dibina, sy sarankan utk sape2 yg berkenaan "dlm proses", sama2 jaga la deh.. syukran
-wallahua'lam-


_13 May 2013_

Bismillah walhamdulillah.. hari ni dah mula blajar dermatology ( Kulit ).. mula dgn tajuk Leprosy. (kusta)..kalau tengok gambar pesakit yg kene leprosy tu pun dh x sanggup tengok lama2.. ini kan kalau jumpa btul ngan patient yg diuji dgn kesakitan tu..

Allah,. betapa besar ujian yang Allah beri kepada Nabi Ayyub A'laihissalam dengan ujian penghidap penyakit kusta ni.. tp betapa tinggi nilai keimanan dan kesabaran Nabi Allah Ayyub a.s, tidak sedikitpun imannya berkurang dengan ujian tersebut.. sehingga akhirnya, Allah juga yg memberikan kesembuhan sepenuhnya kepada baginda.. =]..
Air Mata air Nabi Ayyub.. (dlm perjalanan ke Sinai)
Alhamdulillah, diberi kesempatan belajar di mesir, thn 2 dulu pernah menziarahi air mata air yg Allah berikan kpd nabi Ayyub utk mengubati penyakit leprosy ni.. tp sbb sblm ni x blajar derma lg, x ambik pulak air tu utk try ttt pnyakit2 kulit lain.. hmm.. =I



Syukran,. semoga bermanfaat.. =)

by : Dokturah Darul Ilmi  ( SHM - 13may- Zgzg )