Monday, 23 June 2014

:. Hati Yang Masih Ingin BerTUHAN .:

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang...


Muhasabah..

Andai diselami kembali.. Qalb (hati @ jiwa ) yg Allah amanahkan kpd kita mungkin dh terlalu tenat,.

akibat bnyknya 'penyakit' yg menular dlm hati ini.. tanpa kita mencari penawarnya dgn segera..

Riya', ujub, takabbur, sum'ah, hasad dengki, bakhil, pemarah, dll..

akhirnya, nampak sepertinya kita perlu minta Allah berikan kita HATI YANG BARU..

kerana hati itu hampir mati.. seperti tiada harapan mahu pulih kembali.. =(

Tetapi,.

Maha BERKUASAnya ALLAH,.

Dia mampu menjadikan hati yg tenat itu kembali segar...

Dia Berkuasa membersihkan hati yg kotor kembali suci..

Tetapi, kita yang perlu memulakan..

Dengan 'bayaran', bermodalkan taubat dan air mata kerana takutkan TUHAN..

Kerana perkara 'dari langit' sahaja yang mampu menyelamatkan..

Sebuah hati yg masih lagi ingin kembali kepada TUHAN.. T_T


**Yang dimaksudkan dgn "Hati" di sini adalah Qalb (dlm bhs arab) or Heart dlm BI.. not liver!.. sbb slalu keliru dgn istilah hati dan jantung dlm BM.. =I


Ya Muqallibal qulub,
Thabbit Qulubana 'Ala Deenik,
Wa 'ala thoa'tik..

#penawarbagihati#

Saturday, 21 June 2014

Ex-Maahadian : Terkenang tempat persinggahan. =]

Bismillah walhamdulillah.. 

Dua tiga hari ni bnyk termimpikan Maahad Muhammadi Perempuan.. mimpi nak ambik STAM la, mimpi tgh nak meeting BADATI la,. padahal xpenah jd exco BADATI pun, jd ajk kuli2 ja dulu.. haha.. =p..

balik2 exam hari ni, tngok warga MMP post gmbr, sambutan hari guru MMP td,. walaupun dh sbulan lebih trikh hari guru, tp mmng agenda meraikan pendidik2 yg bnyk berjasa tu masih valid utk dilaksanakan sepanjang thn, Insha ALLAH.. =)



Seronok, terharu meneliti stiap muka guru2 yg dh bnyk berjasa.. trima kasih guru!.. sy pun dpt rasa lg kemeriahan sambutan hari guru di MMP.. RINDU!

saja2 nk share 10 benda pelik tp benar dkat MMP,.(ni yg sy hadapi dulu la, skrg wallahua'alam)  mula2 masuk maahad dulu, saya pun hairan, haha.. tp lama2 dah biasa.. " Hilang Bisa kerana Biasa".
** mungkin skolah lain pun ada jg, tp agak rare!. :


1. Thobur (perhimpunan) pljr sekali sbulan je, sbb pljr terlalu ramai. kalau skali perhimpunan tu ibarat mcm xbljr hr tu.. sbb hbis perhimpunan kul 11 lebih..
susah kot nk kumpulkn smua pljr hmpir 2500 org (mungkin lebih, dh x ingat),. pljr perempuan pulak tu..heh!


2. Satu batch ada 11-12 kelas, dan satu kelas biasanya lebih 40 org,. maksudnya satu batch bleh mencecah lebih kurang 450 org.

3. Jarang dpt 'homework' berbanding skolah2 lain.. haha,. sbb cikgu2 bagi anak murid berdikari sndiri.. tp ok je, bleh je survive..
 hehe.. sbb tu kot terdatang Mesir ni, skali kat sini pun lebey kurang, xde assignment!!.. =P

4. pljr duduk bersila ats tanah, ats rumput ptg2,menghafal, buat halaqah dan lepak2 bwh pohon celagi adalah fenomena biasa.. (sambil2 dibuai angin sepoi2 bahasa, bawa bau2 KFC dan campur bau longkang tepi MYDIN.. erkk!.. huh, sori, teringat yg tu pulak..)

5. Setiap org wajib terlibat dgn tamrin (jadi peserta) paling kurang sekali setahun.. (ni salah satu tunjang MMP, Insha ALLAH.)

6. Usrah adalah wajib utk setiap pljr!.. xpergi usrah kene rotan!.. ( stiap ptg Rabu)... ni pun salah satu kekuatan di sana,. =)


7. Cara ukur kelabuhan tudung.. ( lipat siku, sejengkal.. hehe) if u know what I mean.. **budak2 maahad je memahami..**

8. Stiap tahun bljr lbih kurang 24 subjek ( 12 subjek agama, 12 subjek akademik.)

9. Stiap tahun ada EXAM BESAR.. (PMRU, PMR, SMU, SPM, STAM, STPM).. dan dulu, awal2 masuk peralihan ada UKSA,. dah lama dah mansuh exam ni.. ( exam utk lompat tahun katanyee.. =D )


10. Bagi yg exam PMR, subjek yg spatutunya bljr masa ting 1, 2 smua akn dipulun bljr masa ting 3.. yg penah ke, xpenah bljr ke.. smua la..
dan, utk SPM, yg spatutnya bljr masa ting 4 pun "dijama' taakhir" kan, bljr masa ting 5.. haha,. sbb tu student maahad genius2.. org lain bljr subjek2 tu utk 3 thn, kita bljr stahun jah.. hoho.. sbb masa tingkatan 2,dan ting 4 ada kene fokus pada EXAM bsr yg lain ( PMRU, SMU).

>>> bnyk lg kenangan lain pahit manis.. smoga ALLAH merahmati bumi MMP dan seisinya..
>>> Balik hari tu xsempat nk gi bermalam di AKSM (asrama) bersama adik2, berkongsi pnglmn dan taujihat.. smpat contct ustzh Kamariah, tp x sempat pegi.. ALLAH belum mengizinkan lg, Insha ALLAH, di satu masa yang indah.. akan ku kembali berbakti.. =)

Sape budak maahad pompuan angkat tangan.. =].. Barakallahu fi kum..
Okkey,. Daa..

Wallahu a’alam..

Dr_Syafiah_Mohamad
Final Year, Medical Student Of Zagazig University..

Tuesday, 3 June 2014

Warna- Warni Medikal..~~~

Bismillah walhamdulillah..

Sedikit perkongsian santai, pengalaman, drp elektif di salah sebuah hospital di Kelantan pd awal thn 2014 baru2 ni..

Case 1:
[Pesakit denggi..]
Mcm biasa, pg2 specialist buat round..
cek2 lab report..Liver function test:  elevated liver enzyme!.. satu sign yg kurang baik dlm denggi..
Teruskn history taking, utk exclude other causes of elevated liver enzyme..

Doktor : Akak, ada ambik ubat2 tradisional, jamu2?..(as herbal medicine can cause elevation of liver enzyme)

Patient : Ada, ambik ubat "Kak Ton"
Doktor: Haa?? ubat cartoon??

Patient : ubat Kak Toooonnn... " Cantik tak Kak Ton??"

Doktor : ohh.. heh, Kak Ton!,. patut akk cantik pong.. =I
...Terpengaruh iklan Kak Ton, sekian....

Case 2:
[ Patient anemia..]
Doktor try bg kaunseling kpd patient for blood transfusion
as the Hb is only 6 @ 7! 

Dr : Akak, darah merah akak rendah sangat ni.. bahaya, nanti jantung pun kene kerja lagi kuat, sebab darah tak cukup.. risiko kene serangan jantung lagi, bahaya ni.. kita masukkan darah deh..?


Pt : Doktor, xleh ke bagi yang makan2 je??.. saya sanggup makan ubat, vitamin, dari masukkan darah.. saya takut tengok darah.. (sambil muka berkerut2)

Dr : Biasa je, Insha ALLAH ok.. kak tak payah tengok la darah tu.. tidur, pejam mata.. utk darah akak, tak padan ngan vitamin, supplement..rendah sangat ni..

Pt : tokleh la doktor, darah merah sangat, saya takut..

Dr : Laa.. darah memang la merah, ore PAS kuat pun darah dia tak de darah hijau.. merah jugok!..

erkk.. huhu,. 
(lastly, this patient strongly refused bl.transfusion)..alahai, perlu belajar bersabar utk kaunseling pesakit..


Case 3:
[ Patient suspected Leptospirosis (kencing tikus) ]

Ambik history.. dan tanya history of blood transfusion and blood group:

Saya : M.cik pernah terima darah (mmasuk darah) sebelum ni?

Pt : Pernah, masa lahirkan anak dulu.. di hospital USM. Bersalin bedah. jahitan tiba2 terbuka, usus m.cik terkeluar tiba2.. Masa tu 50-50 je nyawa m.cik..

Saya : Oowh (agak terpegun), m.cik, jenis darah apa?

Pt : M.cik darah india.. 

Saya : (berkerut) eh.. errmmm... jenis darah m.cik,. A ke, O ke..??
(rupanya m.cik ni mmng kacukan, ayah India, mak Melayu)

Pt : darah m.cik __-ve (nak highlight dy Rh-negative), masa nak terima darah di HUSM dulu, memang tak de darah sesuai dgn M.cik, sebab darah m.cik -ve,. nyawapun 50-50 je masa tu.. tp Alhamdulillah ada sorang doktor India masa tu, dia cek darah dia, negative jugak!.. terus dia bersetuju untuk derma darah untuk m.cik, tolak katil duk tepi katil m.cik, derma darah untuk m.cik..

*** Terpegun, terharu.. subahanALLAH, rare!.. doktor yg merawat itu turut memberi miliknya..the BLOOD!.. tiba2 teringin nak jumpa insan begitu.. mampukah aku sekiranya berada di tempat itu??



Case 4:
[ Patient complaining from shortness of breath (SOB) ]
Dx : COPD

semasa history taking.. and we had to ask about the special habit of medical importance: SMOKING!

Doktor : M.cik merokok ke?

Pt : Isap, rokok daunnn.. nak mnoreh getah tok leh tak isap rokok doktor, nyamuk banyak..

Doktor : Ooo.. patut la,. m.cik, paru2 dah bagi warning ni.. paru2 tak elok sebab isap rokok.. lepas ni berhenti la isap rokok deh.. buleh??

Pt : Ummhh.. ( sambil sengih2.. ) M.cik dulu bukan nak isap sangat, jadi start isap rokok sbb nk suruh suami m.cik marah ke m.cik la.. dia buat perangai.. m.cik marah,. kita pun nak buat perangai jugak bagi dia marah ke kita.. tapi gakkk.. hmm.. lekat rokok pah loni (smpai skrg)..

Doktor : oohh.. rugi la m.cik,. tak untung pun buat gitu.. rugi badan m.cik, rokok buat lagi bahaya ke paru2.. dah la, berhenti la deh.. tak baik untuk paru2..

Pt : (Diam, sengih je ~~)

*** Ouh, ada cerita di sebalik special habitnya.. terjatuh dalam emosi amarah..***

Banyak sgt pengalaman menarik, pahit manis.. semoga diberi peluang masa utk menulis dan berkongsi, Insha ALLAH..
#persiapandoktormuslim..

----bersambung-----

Tuesday, 28 May 2013

Bukan salah "Arab A'mmi"!

Bismillahirrahmanirraheem.. 
Selawat dan salam ke atas baginda Nabi Muhammad saw dan sahabat2 baginda..

Skrg dh sampi akhir bln 5.. adik2 preclinical (thn 1-3 ) fakulti Perubatan Univ. Zagazig dh melepasi paper ke-2 final exam sesi pengajian 2012/2013,. kami thn 5 ni tinggal 3 bulan je lg nk final exam.. thn 5 yg paling menguji.. kalau dulu sy selalu dgr plajar2 medik kat mesir ni sebut thn 3 susah,. tp thn 5 ni berlipat kali ganda tough drp thn 3.. jujurnya, semasa midterm thn 5 baru2 ni, baru saya benar2 terasa 'banyaknya medik!'...tu baru 1st midterm.. blm lg 2nd midterm, dan final exam kami.. Ya Allah, permudahkanlah..jd, adik2 yg nak ambik medik.. fikir btul2, knp awk nak ambik medik?, lebih tepatnya akk nak pesan, perbetulkan niat dulu dik.. nnti menyesal.. 

bila thn 5 ni, baru terasa bnyk benda yg kami x ter'cover' lg spnjg Allah beri peluang kpd kami menuntut ilmu di ardhul kinanah ni.. terutamanya bahasa arab dan ilmu2 yg mnjadi nilai tambah untuk graduan dari Mesir..

Masjid Al-Azhar, lambang ilmu dan ulama'..

Ambil iktibar daripada sejarah, dtg mesir ni, nak jadi Nabi Musa bleh, nak jadi Fir'aun pun bleh.. sila pilih!

" Akak, mcm mana akk blajar cakap arab?".. tanya seorg junior baru.,
 " Akk praktikal dengan pesakit arab, macam mana akk communicate dgn diorg?, mcm mana nak cek diorang? ",. soalan famous utk senior2 klinikal
 " Mcm mana nak ambil history patient nanti?.. x faham la dia cakap..", kemusykilan drp pljr2 klinikal..
" You can speak arabic? ".. soalan yg lazim akn ditanya oleh Doktor kuliah dlm minit2 terawal..
 " SYUWAIYYA! " .. dengan yakin dan semangatnya semua jawab dgn jwpn 'keramat' ni, dari thn 1 sampai thn 5 la,. x pernah berubah.. huhu ( Syuwaiyya tu mksudnya sikit2)
hmm, kalau kene dgn jwpn reply drp doktor yg 'pedas' sikit, " You stay in Egypt for 5 years but can't speak arabic??..",. haa, kan dah kene.. -_-!,. sebab tu sy lebih suka jawab "Inshaa Allah", kalau doc2 atau org2 arab tanya " kallim arabi??" ( bleh cakap arab??)..

Satu pesanan buat diri saya, adik2, kakak2 yg bakal naik thn klinikal, mahupun kwn2 sebatch.. satu perkara yg saya belajar di Mesir,. PROAKTIF!.. walaupun kdg2 saya x berapa proaktif sgt pun.. sbb tu kene ada pringatan ni.. Sungguh,. hidup di Mesir ni, anda x kan dpt kalau x bersegera push diri sendiri, proaktif dan jgn malu utk belajar.. 

Kalau adik junior tanya saya mcm mana akk bljr ckp bhs mesir??.. saya akn jwb, belajar dgn org Mesir.. dik, akk dulu asal dari tak tahu.. tp akk pergi kedai, akk tanya p.cik kedai, mak cik sayur, ammu gam'ah ( p.cik universiti ),. " ni apa? ", " itu apa?",. " mcm mana nak sebut? ".. dan mereka tidak pernah ketawakan kita yg nak belajar bhs diorg.. bnyk pengalaman dlm persatuan akk gunakan sebagai peluang keemasan utk belajar lebih.. nk settelkan masalah kwn2, urusan2 dengan p.cik2 HEP universiti yg x bnyk tahu BI.. akhirnya kekangan2 itu, cbrn untuk memberikan kebajikan yg tebaik buat shbt2 menjadi batu loncatan kpd akk utk cepat terbiasa dgn bhs ibunda misriyyeen.. Ingatlah, terjadinya hypertrophy itu kerana force yg dihadapi adalah kuat,. ( ni budak medik je paham.. maap ye, )

Round tropical
Walaupun lah begitu, kami masih merana dengan cabaran berbahasa arab ketika nak berinteraksi dengan pesakit2 Egyptian terutamanya drp kampung2, dan yg dh berumur,.. mula lah gelisah,.'Allah, pekatnya bhs p.cik ni!', mana nak faham cerita pesakit, mana nak faham complaint pesakit,. dy cakap sakit kaki, kita cek kat tgn.. memang nak kene la kan, =p.. jd, nasihatnya, jgn jd mcm batch kami.. merana.. belajar lebih awal ye adik2.. 

tak jadi masalahpun kalau anda bukan dari skolah agama, xde basic bhs arab.. tp kalau anda mahu, apa2 shj bleh jadi milik anda dengan izin Allah,. kalau nak, buat cara nak, ye dop??.. kalau dah masuk tahun klinikal, tp tak tahu berbahasa arab,. dan anda tidak terkehadapan untuk belajar berkomunikasi dengan pesakit tempatan, tak nak ambil kesempatan yang ada, bagi orang lain je yg develop skill tu, maka anda tidak akn dpt apa2.. jd, jgn salahkan bhs ibunda org mesir kalau kita x dpt skill yg sepatutnya, kerana kita di negara mereka..(sape suh datang Mesir??.. hee, guarau je..~~) bhs itu darah daging mereka... x faham tanya, tak ingat hafal, tak tahu cari.. itu kuncinya.. (hah, saya pun terasa skali..)... btw, saya tetap kagum dgn beberapa shbt sekelas yg sngt gigih cuba belajar memahami bhs dan segala complaint pesakit..ada, yg masih gigh, bukan takde langsung..=D

Makan to'miyah dah, makan syawirma dah, makan i'sh balady dah, makan krib dah,..smua dah.. cakap arab je belum... haih, last skali, p.cik2 jual air, p.cik kedai to'miyah, p.cik kedai buah, p.cik kedai runcit yg pandai ckp melayu.. eheh,. sape pegi negara sape??.. hmm,. 

#jgn rasa dah terlambat untuk belajar sesuatu, mulakan dan bermujahadah lah #


Umur meningkat, mati dah dekat..

Bismillah walhamduliLLAH,.

Post berkaitan birthday, tp sminggu slps tarikh sbnr.. takpo la deh..

Alhamdulillah ramai yang mendoakan kebaikan untuk saya sepanjang hari 22 Mei 2013,. terima kasih, buat semua yg  mendoakan segala kebaikan itu.. saya anggap semuanya hadiah special daripada kalian.. =)

Pagi itu, saya dapat 'hadiah' seorang patient daripada Neurology Department, Mustasyfa Sadnawy.. kene ambik dan present history..(susah kot nk ambik history neuro, dlm bhs arab ammi yg sngt mencabar!) walaupun sngt la rasa tertekan nak completekan task tu, tp saya cuba positifkan fikiran,. dan timbul idea, letakkn dalam fikiran, ni "hadiah besday" pertama thn ni.. ya, hadiah ilmu yg sgt special, sbb sy yg kene present hari tu, dan sy yg dpt skill tu, bukan org lain.. maka itulah hadiah milik saya.. =]

Syukran buat anak-anak Usrah akk yg sgt smngt buat surprise mlm tu, walaupun kebanyakan dalam fatrah final exam, tp kalian tidak lokek utk meluangkan masa bersama 'bonda' mu.. 'prank' yg sgt special!.. Kek yang sangat menarik dan sedap lg moist!.. =] ( sape yg baking??, sape designer ni??,. untungla..=p )

Kek paling special, daripada anak2 usrah..=D
Syukran juga buat sahabat2 yg bagi hadiah hari tu.. bila tengok hadiah2 tu, rasa mcm ramai lg org yg sy x bagi hadiah besday nya.. =I..

Trima kasih utk hadiah2 ni.. yg pastinya, semua hadiah ni menggalakkan saya 'membesar' dengan cemerlang!.. hihi, coklat-coklat-coklat-cake.. =)

My beloved ahli beit,. terharu dapat hadiah gambar dan lain2 hadiah tu darp kalian.. syukran k.mus n k.is.. ( gambar ahli beit ada logo LIFE lagi tuh..=I )


I'm the youngest,. tp ramai yg teka umur saya 'terlebih'.. huhu
Akhirnya, (tp sebenarnya yg 1st .. hee,.) trima kasih, syukran, thank you buat mama dan baba yg gigh membesarkan anaknda sampai jd 'besar gemilang' lagu ni.. haha, trima kasih atas didikan dan pengorbanan baba dan mama dulu kini selamanya,. (apa ;g ayat yg paling special nak bagi dkat 2 insan ini..??, speechless =] )

Terima Kasih skali lg buat semua yg memeriahkan hidup hamba selama 22 thn kehidupan hamba.. 
Semoga doa kalian untuk diri ini bukan shj pd tarikh kelahirannya, tp doakn juga pd tarikh kematiannya kelak,.. sekiranya telah tiba tarikh hamba kembali kepada Allah, sedeqahkan Sab'ul mathani kepadanya, teruskan doakn rahmat untuknya, keampunan untuknya, dan ruhnya bersama syuhada', anbiya' dan solihin,. Jazakumullahakathira,. 
# dah dekat dgn tarikh mati #

Monday, 13 May 2013

Mabrouk Dokturah Syamilah.. Semoga menjadi "doktor ummah"..=]

tahniah Ustz Mad n Ustzh Shamshiah, buleh sorg doktor doh!.. =]
   syukran mek, ayah tie, che za, a.long, k.long, a.ngah ..=) nnti Eah grad, jemput dtg lagi..

with k.zati..


menginspirasikan!

Taubat Ka'ab bin Malik



Bismillah walhamdulillah, selawat dan salam ke atas Baginda Nabi Muhammad s.a.w, ahli beit baginda dan para sahabat yang banyak mengerah keringat menyebarkan Islam keseluruh dunia..

Kisah ini bukan kisah pertama yang di ceramahkan di Masjid ini, kerana ia adalah menjadi Teladan Tarbiyah yang dilakukan oleh Rasulullah saw demi melaksanakan hukum syariat dan hukum fiqhul awaliyyat. Dalam Hadith ini sangat panjang untuk dibicarakan dan kisah ini masuk dalam bahagian At-Tajarrud. Mungkin di antara kita sudah sering mendengar kisah tentangnya. Biasanya kisahnya dihubungkan dengan kefuturan (lemah iman) dan perjuangan bersama Rasulullah saw.

Pada perang Tabuk, ada beberapa sahabat yang tidak berangkat berperang. Salah satu di antara mereka. Salah satu di antara mereka adalah Ka’ab bin Malik. Marilah kita dengarkan cerita Ka’ab yang menunjukkan kejujuran imannya, usai turunnya pengampunan Allah atas dosanya.

“Aku sama sekali tidak pernah absent mengikuti semua peperangan bersama Rasululah saw, kecuali dalam perang Tabuk. Perihal ketidakikutsertaanku dalam perang Tabuk itu adalah karena kelalaian diriku terhadap perhiasan dunia, ketika itu keadaan ekonomiku jauh lebih baik daripada hari-hari sebelumnya. Demi Allah, aku tidak pernah memiliki barang dagangan lebih dari dua muatan unta, akan tetapi pada waktu peperangan itu aku memilikinya. Sungguh, tidak pernah Rasullah saw. merencanakan suatu peperangan melainkan beliau merahsiakan hal itu, kecuali pada perang Tabuk ini. Peperangan ini, Rasulullah saw. lakukan dalam keadaan panas terik matahari gurun yang sangat menyengat, menempuh perjalanan nan teramat jauh, serta menghadapi lawan yang benar-benar besar dan tangguh. Jadi, rencananya jelas sekali bagi kaum muslimin untuk mempersiapkan diri masing-masing menuju suatu perjalanan dan peperangan yang jelas pula.

Rasulullah saw. mempersiapkan pasukan yang akan berangkat. Aku pun mempersiapkan diri untuk ikut serta, tiba-tiba timbul fikiran ingin membatalkannya, lalu aku berkata dalam hati, “Aku boleh melakukannya kalau aku mau!” Akhirnya, aku terbawa oleh fikiranku yang ragu-ragu, hingga para pasukan kaum muslimin mulai meninggalkan Madinah. Aku lihat pasukan kaum muslimin mulai meninggalkan Madinah, maka timbul fikiranku untuk mengejar mereka, tetapi mereka belum jauh. Namun, aku tidak melakukannya, kemalasan menghampiri dan bahkan menguasai diriku.

Tampaknya aku ditakdirkan untuk tidak ikut Akan tetapi, sungguh aku merasakan penderitaan batin sejak Rasulullah saw. meninggalkan Madinah. Bila aku keluar rumah, maka di jalan-jalan aku merasakan keseorangan diri sebab aku tidak melihat orang kecuali orang-orang yang diragukan keislamannya. Merekalah orang-orang yang sudah mendapatkan rukhshah atau izin Allah Ta’ala untuk uzur atau kalau tidak demikian maka mereka adalah orang-orang munafik. Padahal, aku merasakan bahwa diriku tidak termasuk keduanya.
Konon, Rasulullah saw. tidak menyebut-nyebut namaku sampai ke Tabuk. Setibanya di sana, ketika beiau sedang duduk-duduk bersama sahabatnya, beliau bertanya, “Apa yang dilakukan Ka’ab bin Malik?” Seorang dari Bani Salamah menjawab, “Ya Rasulullah, ia ujub pada keadaan dan dirinya!” Mu’az bin Jabal menyangkal, “Buruk benar ucapanmu itu! Demi Allah, ya Rasulullah, aku tidak pernah mengerti melainkan kebaikannya saja!”Rasulullah saw. hanya terdiam saja.

Beberapa waktu setelah berlalu, aku mendengar Rasulllah saw. kembali dari kancah jihad Tabuk. Ada dalam fikiranku berbagai desakan dan dorongan untuk membawa alasan palsu ke hadapan Rasulullah saw., bagaimana caranya supaya tidak terkena marahnya? Aku minta pandapat dari beberapa orang keluargaku yang terkenal berpikiran baik. Akan tetapi, ketika aku mendengar Nabi saw., segera tiba di Madinah, lenyaplah semua fikiran jahat itu. Aku merasa yakin bahwa aku tidak akan pernah menyelamatkan diri dengan kebatilan itu sama sekali. Maka, aku bertekad bulat akan menemui Rasulullah saw. dan mengatakan dengan tidak sebenarnya.

Pagi-pagi, Rasulullah saw. memasuki kota Madinah. Sudah menjadi kebiasaan, kalau beliau kembali dari suatu perjalanan, pertama masuk ke masjid dan shalat dua rakaat. /Demikian pula selesai dari Tabuk, selesai solat beliau kemudian duduk melayani tetamunya. Lantas, berdatanganlah orang-orang yang tidak ikut perang Tabuk dengan membawa alasan masing-masing diselangi sumpah palsu untuk menguatkan alasan mereka. Jumlah mereka kira-kira lapan puluhan orang. Rasulullah saw. menerima alasan lahir mereka; dan mereka pun memperbaharui baiat setia mereka. Beliau memohonkan ampunan bagi mereka dan menyerahkan soal batinnya kepada Allah. Tibalah giliranku, aku datang mengucapkan salam kepada beliau. Beliau membalas dengan senyuman pula, namun jelas terlihat bahwa senyuman beliau adalah senyuman yang memendam rasa marah. Beliau kemudian berkata, “Kemarilah!”

Aku pun menghampirinya, lalu duduk di hadapannya. Beliau tiba-tiba bertanya, “Wahai Ka’ab, mengapa dirimu tidak ikut? Bukankah kau telah menyatakan baiat kesetianmu?” Aku menjawab, “Ya Rasulullah! Demi Allah. Kalau duduk di hadapan penduduk bumi yang lain, tentulah aku akan berhasil keluar dari amarah mereka dengan berbagai alasan dan dalil lainnya. Namun, demi Allah. Aku sedar kalau aku berbicara bohong kepadamu dan engkau pun menerima alasan kebohonganku, aku bimbang Allah akan membenciku. Kalau kini aku bicara jujur, kemudian kerana itu engkau marah kepadaku, sesungguhnya aku berharap Allah akan mengampuni kealpaanku. Ya Rasululah saw., demi Allah, aku tidak punya uzur. Demi Allah, keadaan ekonomiku aku tidak pernah stabil dibanding tatkala aku mengikutimu itu!” Rasulullah berkata, “Kalau begitu, tidak salah lagi. Kini, pergilah kau sehingga Allah menurunkan keputusan-Nya kepadamu!”

Aku pun pergi diikuti oleh orang-orang Bani Salamah. Mereka berkata kepada, “Demi Allah. Kami belum pernah melihatmu melakukan dosa sebelum ini. Kau tampaknya tidak mampu membuat-buat alasan seperti yang lain, padahal dosamu itu sudah terhapus oleh permohonan ampun Rasulullah!” Mereka terus saja menyalahkan tindakanku itu hingga ingin rasanya aku kembali menghadap Rasullah saw. untuk membawa alasan palsu, sebagaimana orang lain melakukannya. Aku bertanya kapada mereka, “Apakah ada orang yang senasib denganku?” Mereka menjawab, “Ya! Ada dua orang yang jawabannya sama dengan apa yang kau perbuat. Sekarang mereka berdua juga mendapat keputusan yang sama dari Rasulullah sebagaimana keadaanmu sekarang!”

Aku bertanya lagi, “Siapakah mereka itu?”
Mereka menjawab, “Murarah bin Rabi’ah Al-Amiri dan Hilal bin Umayah Al-Waqifi.” Mereka menyebutkan dua nama orang soleh yang pernah ikut dalam perang Badr dan yang patut diteladani. Begitu mereka menyebutkan dua nama orang itu, aku bergegas pergi menemui mereka.

Tak lama setelah itu, aku mendengar Rasululah melarang kaum muslimin berbicara dengan kami bertiga, di antara lapan puluhan orang yang tidak ikut dalam perang tersebut. Kami menyendiri diri dari masyarakat umum. Sikap mereka sudah lain kepada kami sehingga rasanya aku hidup di suatu negeri yang lain dari negeri yang aku kenal sebelumnya. Kedua rakanku itu duduk di rumah masing-masing menangisi nasib dirinya, tetapi aku yang paling kuat dan tabah di antara mereka. Aku keluar untuk solat jamaah dan keluar masuk pasar meski tidak seorang pun yang mau berbicara denganku atau menanggapi bicaraku. Aku juga datang ke majilis Rasullah saw. sesudah beliau solat. Aku mengucapkan salam kepada beliau, sembari hati kecilku bertanya-tanya memperhatikan bibir beliau, “Apakah beliau menggerakkan bibirnya menjawab salamku atau tidak?” Aku juga solat dekat sekali dengan beliau. Aku mencuri pandang melihat pandangan beliau. Kalau aku bangkit mau solat, ia melihat kepadaku. Namun, apabila aku melihat kepadanya, ia palingkan mukanya cepat-cepat. Sikap dingin masyarakat kepadanya, ia palingkan mukanya cepat-cepat. Sikap dingin masyarakat kepadaku terasa lama sekali. Pada suatu hari, aku mengetuk pintu pagar Abu Qaradah, saudara dekatku dan ia adalah saudara yang paling aku cintai. Aku mengucapkan salam kepadanya, tetapi demi Allah, ia tidak menjawab salamku. Aku menegurya, “Abu Qatadah! Aku mohon dengan nama Allah, apakah kau tau bahawa aku mencintai Allah dan Rasul-Nya?”
Ia diam. Aku mengulangi permohonanku itu, namun ia tetap terdiam. Aku mengulangi permohonanku itu, namun ia tetap terdiam. Aku mengulanginya sekali lagi, tapi ia hanya menjawab, “Allah dan Rasul-Nya lebih tahu!” Air mataku tidak tertahankan lagi. Kemudian aku kembali dengan penuh rasa kecewa. Pada suatu hari, aku berjalan-jalan ke pasar kota Madinag. Tiba-tiba datanglah orang awam dari negeri Syam. Orang itu biasanya mengantarkan dagangan pangan ke kota Madinah. Ia bertanya, “Siapakah yang mau menolongku menemui Ka’ab bin Malik?”

Orang-orang di pasar itu menunjuk kepdaku, lalu orang itu datang kepadaku dan menyerahkan sepucuk surat kepadaku dan menyerahkan sepucuk surat dari raja Ghassan. Setelah kubuka, isinya sebagai berikut, “… Selain dari itu, bahwa sahabatmu sudah bersikap dingin terhadapmu. Allah tidak menjadikan kau hidup terhina dan melana. Maka, ikutlah dengan kami di Ghassan, kamu akan menghiburmu!” Hatiku berkata ketika membaca surat itu, “Ini juga salah satu ujian!” Lalu aku memasukkan surat itu ke dalam tongku dan membakarnya. Pada hari yang ke-40 dari pemulauanku di kampong halaman sendiri, ketika aku menanti-nantikan turunnya wahyu tiba-tiba datanglah kepadaku seorang pesuruh Rasulullah saw. menyampaikan pesannya, “Rasulullah memerintahkan kepadamu supaya kamu menjauhi isterimu!”

Aku semakin sedih, namun aku juga semakin pasrah kepada Allah, hingga terlontar pertanyaanku kepadanya, “Apakah aku harus menceraikannya atau apa yang akan kulakukan?”
Ia menjelaskan, “Tidak. Akan tetapi, kamu harus menjauhkan dirimu darinya dan menjauhkannya dari dirimu!”
Kiranya Rasulullah juga sudah mengirimkan pesannya kepada dua sahabatku yang bernasib sama. Aku langsung memerintahkan kepada isteriku, “Pergilah kau kepada keluargamu sampai Allah memutuskan hukumnya kepada kita!” Isteri Hilal bin Umaiyah datang menghadap Rasulullah saw. lalu ia bertanya, “Ya Rasulullah, sebenarnya Hilal bin Umaiyah seorang yang sudah sangat tua, lagi pula ia tidak memiliki seorang pembantu. Apakah ada keberatan kalau aku melayaninya di rumah?”

Rasulullah saw. menjawab, “Tidak! Akan tetapi ia tidak boleh mendekatimu!” Isteri Hilal menjelaskan, “Ya Rasulullah! Ia sudah tidak bersemangat pada yang itu lagi. Demi Allah, yang dilakukannya hanya menangisi dosanya sejak saat itu hingga kini!”

Ada seorang keluargaku yang juga mengusulkan, “Cuba minta izin kepada Rasulullah supaya isterimu melayai dirimu seperti halanya isteri Hilal bin Umayah!” Aku menjawab tegas, “Tidak Aku tidak akan minta izin kepada Rasulullah saw. tentang isteriku. Apa katanya kelak, sedangkan aku masih muda?” Akhirnya, hari-hari selanjutnya aku hidup seorang diri di rumah. Lengkaplah bilangan malam sejak orang-orang dicegah berbicara denganku menjadi 50 hari 50 malam. Pada waktu sedang solat subuh di suatu pagi dari malam yang ke-50 ketika aku sedang duduk berzikir minta ampun dan mohon dilepaskan dari kesempitan hidup dalam alam yang luas ini, tiba-tiba aku mendengar teriakan orang-orang memanggil namaku. ‘Wahai Ka’ab bin Malik, bergembiralah! Wahai Ka’ab bin Malik, bergembiralah!”

Mendengar berita itu aku langsung sujud memanjatkan syukur kepada Allah. Aku yakin pembebasan hukuman telah dikeluarkan. Aku yakin, Allah telah menurunkan ampunan-Nya. Rasulullah menyampaikan berita itu kepada shahabat-shahabatnya setelah selesai solat subuh bahawa Allah telah mengampuni aku dan dua orang shahabatku. 
Berlumba-lumbalah orang mendatangi kami, hendak menceritakan berita germbira itu. Ada yang datang dengan berkuda, ada pula yang datang dengan berlari dari jauh mendahului yang berkuda. Sesudah keduanya sampai di hadapanku, aku berikan kepada dua orang itu kedua pakaian yang aku miliki. Demi Allah, saat itu aku tidak memiliki pakaian kecuali yang dua itu. Aku mencari pinjaman pakaian untuk menghadap Rasullah. Ternyata aku telah disambut banyak orang dan dengan serta merta mereka mengucapkan selamat kepadaku. Demi Allah, tidak seorang pun dari muhajirin yang berdiri dan memberi ucapan selamat selain Thal’ah. Sikap Thalhah itu tak mungkin aku lupakan. 

Sesudah aku mengucapkan salam kepada Rasulullah, mukanya tampak cerah dan gembira, katanya kemudian, “Bergembiralah kau atas hari ini! Inilah hari yang paling baik bagimu sejak kau dilahirkan oleh ibumu!” “Apakah dari Allah ataukah dari engkau ya Rasulullah?” tanyaku sabar. “Bukan dariku! Pengampunan itu datangnya dari Allah!” jawab Rasul saw. Demi Allah, aku belum pernah merasakan besarnya nikmat Allah kepadaku sesudah Dia memberi hidayah Islam kepadaku, lebih besar bagi jiwaku daripada sikap jujurku kepada Rasulullah saw.” Ka’ab lalu membaca ayat pengampunannya itu dengan penuh haru dan syahdu, sementara air matanya berderai membasahi kedua pipinya. “Dan terhadap tiga orang yang ditangguhkan (penerimaan taubat) mereka, hingga apabila bumi telah menjadi sempit bagi mereka, padahal bumi itu luas, dan jiwa mereka pun telah sempit (pula terasa) oleh mereka, serta telah mengetahui bahwa tidak ada tempat lari dari (siksa) Allah melainkan kepada-Nya saja. Kemudian, Allah menerima taubat mereka agar mereka tetap dalam taubatnya. Sesungguhnya Allah-lah Yang Maha Menerima taubat lagi Maha Penyayang.” (At-Taubah:118)

_bab taubah : Riyadhussolehin_