Sunday, 10 June 2012

Tak Kenal Maka Tak Cinta

Sejarah Penubuhan
Menyedari bahawa pendidikan dan tarbiah adalah gabungan antara ilmu, amal, iman dan penghayatan yang ikhlas, suatu daya usaha yang berterusan digerak dan digarapkan dengan dokongan mereka yang prihatin, bertanggungjawab dan menghayati roh jihad serta komited yang jitu dari segenap lapisan masyarakat maka Pondok Darul Ilmi (PDI) telah ditubuhkan pada tahun 1985 oleh al-Marhum Tuan Guru Hj Mohammad bin Che Long ( 1924 – 31.1.1998 ) dengan didokong oleh beberapa orang pembantu yang mencurahkan seluruh daya, usaha, keringat idea dan pengorbanan yang mana bukan sedikit mehnah dan tribulasi yang terpaksa dilalui bukan sekali dua cabaran yang terpaksa diatasi dan bukan mudah denai beranjau yang terpaksa direntas
Dengan tertubuhnya Pondok Darul Ilmi (PDI) yang merupakan pondok tunggal di Daerah Tanah Merah ketika itu maka suatu medan yang subur sebagai pusat penyebaran ilmu dan penghayatan amal yang ikhlas dapat dilihat tersergam gagah setelah sekian lama daerah ini ketandusan pusat pengajian agama seumpama ini
Meski pun Allah lebih menyayangi al-Marhum Tuan Guru Hj Mohammad yang meninggal dunia pada 31 Januari 1998 namun roh jihad yang dirintis oleh beliau tidak dibiarkan pupus dan mati sebaliknya diteruskan oleh menantunya Ustaz Hj Mohamad bin Awang yang mengambil alih pentadbiran
  Objektif Penubuhan
  1. Melahirkan pelajar yang cemerlang dalam akademik dan syakhsiyyah
  2. Melahirkan pelajar yang mampu menjadi pemimpin
  3. Melahirkan pelajar cemerlang dalam menguasai bahasa-bahasa utama selain Melayu iaitu Arab dan Inggeris
  4. Melahirkan pelajar yang mampu menguasai kitab turath
  5. Melahirkan pelajar muslim yang berwibawa dari segi akhlak, syakhsiyyah, keterampilan diri dan emosi
  6. Melahirkan masyarakat yang prihatin dalam memahami Islam sebagai ad-Din yang syumul
  7. Melahirkan intelektual yang mempunyai ilmu yang boleh menangani permasalahan semasa masyarakat dalam segenap bidang kehidupan
  8. Membentuk dan melahirkan golongan mukmin yang patuh kepada system hidup Islam dan peraturan masyarakat yang tidak bercanggah dengan al-Quran dan as-Sunnah
  9. Melahirkan muslim yang celik al-Quran dan dapat menghayatinya dalam segenap bidang kehidupan
Lokasi
  Pondok Darul Ilmi (PDI) terletak di Kg Bukit Gading, 17500 Tanah Merah, Kelantan kira-kira 8 km dari Pusat Bandar Tanah Merah di atas sebidang tanah seluas 5 ekar persegi.

Masjid Pondok Darul Ilmi

Perancangan

Posted by epondok di Mei 9, 2008

Perancangan kemajuan

 
  1. Menganjurkan program Pengajian Berkembar yang menempatkan sejumlah pelajar yang memenuhi kriteria yang ditetapkan terutama daripada SMU Padang Siam, Tanah Merah di asrama Pondok Darul Ilmi bagi mengikuti pengajian pondok dan dalam masa yang sama mengikuti pengajian biasa di sekolah mereka
  2. Menggiatkan usaha ke arah memantapkan ekonomi pondok agar dapat menguruskan segala kegiatan yang dirancang dengan lancar dan berkesan
  3. Merangka program pendidikan dan kebajikan yang berterusan dari masa ke semasa
  4. Mengadakan program umum kepada masyarakat luar terutama pelajar sekolah setiap kali musim cuti sekolah selama 2 – 3 minggu
  5. Menyusun dan mengatur serta memastikan persekitaran pondok yang kondusif ke arah menarik perhatian semua pihak sebagai menepati kehendak kerajaan negeri yang menyarankan agar pondok dapat menjadi salah suatu daripada produk pelancongan

Kemudahan Asas

Posted by epondok di Mei 9, 2008
Kemudahan asas
 
  1. Masjid Darul Ilmi yang diperbesarkan oleh seorang dermawan yang siap dibina pada tahun 2003 dan perasmiannya disempurnakan oleh YAB Tuan Guru Dato’ Menteri Besar Kelantan pada 5 Disember 2003M bersamaan 11 Syawal 1424H.
  2. Sebuah blok asrama
  3. Sebuah bangunan sekolah untuk pengajian yang siap dibina pada 1992
  4. Dewan serbaguna sempena lawatan DYMM Sultan Kelantan pada 31 Mac 2006
  5. 127 buah pondok penginapan
  6. 4 buah rumah guru
  7. Bangunan pejabat
 
Tenaga Pengajar
 
Terdapat 6 orang tenaga pengajar yang mengendalikan kuliah di pondok ini dan seorang guru pelawat. Kesemua tenaga pengajar memberikan kuliah secara berjadual di 3 tempat iaitu majis, madrasah dan dewan serbaguna
 
Penghuni dan Pelajar Pondok
 
Jumlah penghuni pondok kini seramai 153 orang Muslimat dan 60 orang muslimin. Manakala pelajar bujang pula seramai 45 orang. Kawasan pondok terbahagi kepada 3 bahagian iaitu pondok kelamin, muslimat janda dan muslimin duda. Para pelajar bujang pula tinggal di asrama
 

Pengasas Pondok Bukit Gading

Posted by epondok di Mei 9, 2008
Pengasas Pondok Darul Ilmi (PDI)
 
Nama : Tuan Guru Hj Mohammad bin Che Long ( 1924 – 31.1.1998 )
 
Pengajian :
 
a.     Pondok Bunut Payung, Kota Bharu selama 12 tahun mula 1938
b.     Mekah dari 1951 – 1955
 
Antara gurunya
 
1.      Tuan Guru Hj Abdullah Tahir Bunut Payung
2.      Tuan Guru Hj Budin Sumatera
3.      Tuan Guru Hj Ismail Mufti Kelantan
 
Mekah
 
1.      Tuan Guru Syeikh Daud Kelantani
2.      Tuan Guru Syeikh Abdul Kadir Mandili
3.      Tuan Guru Syeikh Yasin Padang
4.      Tuan Guru Syeikh Hassan Ahmad Marsyat
5.      Tuan Guru Tok Ahyad
6.      Tuan Guru Tok Afnam 

 Sumber:

.: Rindu Udara di Sana :.

Bismillahirrahmanirraheem..

Suasana itu mendidik kami, ya, udara Darul Ilmi mendidik kami...
Benarlah, anak akan terdidik dengan persekitaran dan tempat mereka membesar...perkembangan minda dan emosi...Alhamdulillah.. _rinduudaradarulilmi_



Scene 1:

* Terdengar bunyi bacaan Al-Quran dari Masjid Darul Ilmi yang berhampiran rumah, Surah At-Taubah bacaan Imam Sa'ad Said Al-Ghamidi.. " SubahanAllah, dah nak subuh ke?".. rasa mcm baru mula stay up nak hafal beberapa matapelajaran pagi itu... tak sedar subuh menghampiri... khusyuk mentelaah di sana..
_indahnya udara subuh itu_

Scene 2:

* Turun dari masjid, terpegun sendirian, menyaksikan pak cik-pakcik, tok-tok ayah, ayah-ayah aji setia menunggu du hadapan tangga masjid sebelah muslimat. Tunggu sape lagi??..ahaa, tunggu mak-mak aji diorang laa... Sweeeett!!..=)
* Kadang-kadang tu, ada yang carikan selipar mak aji beliau siap-siap..hmm, takut mak aji tertukar selipar dengan orang lain.. hakikatnya, mata ayah aji bukanlah nampak sangat jugak, cuma rasa bertanggungjawab mungkin..hmm..~~.
 _Allah, indah..=).. bahagia hidup beribadah bersama sehingga ke tua.. Rahmati mereka Ya Allah._



Masjid Pondok Darul Ilmi, Bukit Gading.


Scene 3:

* Assalamualaikum, Mok Aji.. Nak ngaji Quran ni... aahh..naik-naik... selesai mengaji Quran... " Eah ikut mok aji baca Hukum Akal deh, ngapa nga mok aji.." aku hanya bersetuju.. (hukum akal tu bende apa?..x tw apa2 pun waktu itu..huh).. "....adapun wujud itu ertinya ada, ada Allah ta'ala itu tidak seperti adanya makhluk ini....." (lepas masuk Maahad Ahmadi, baru tahu, rupanya hukum akal tu adalah Ilmu Tauhid, ilmu fardu ain yang wajib diketahui oleh setiap individu muslim.. aduh, menyesalnya x hafal betul-betul..)
_rindu kenangan2 dengan Mok Aji.. Al-Fatihah buat Mok Aji Awo_


Scene 4:

* Terdengar azan dari Masjid Darul Ilmi,."eh, kul brapo ni?".. terus mencari jam.. baru kul 3lebih petang..bakpo azan doh ni?.. ish, Pak Mat "tukey bey" (tukang azan) tersalah tengok jam..huhu.. 
* Sebentar kemudian, terdengar riuh rendah di luar sana, " Pok Mat weyh,. tok masuk asar lagi ni, demo bey (azan) gapo??".. ahaa, ni la satu lagi scene menarik yang selalu je terjadi di sana.. maklum la, pak cik2 dah berumur, kadang2 tersilap tengok jam.. lagipun, kehidupan mereka tiada yang lain kecuali beribadat dan menunggu waktu solat utk ke masjid..
 _tak sabar2 nak azan nampaknya pak mat ni..~~_

Scene 5 :

* "A'ah..oo A'ah.. A'ah mana??".." Ya mek, bakpo?.." segera ku menyahut.. " Ni, ado ore nok jupo ngan ore nok gi Mesir ni.." owh, okk, sangat terharu dengan mak cik-mak cik di sini, tahu-tahu saja anak Ustaz Mad nak gi ngaji Mesir, berombongan-rombongan yang datang nak jumpa, paling serba salah, siap bagi duit.. padahal mereka bukanlah dalam kalangan orang yang mampu semuanya..-_-
* Segera ku persiapkan diri, agak-agak sopan nak berhadapan dengan tetamu, ku melangkah ke ruang tamu.. hmm, biasanya mrk datang berteman, kalau tak berdua, bertiga, empat, lima dan mungkin lebih...
Mek Solehah..^_^

* bersalaman dengan warga2 emas itu,. mereka memulakan bicara .." Oh, hok ni ko nok gi Mesir?.. Kito duk dengar anak ustaz Mad nak gi Mesir, tok tahu hok mano.. hok adik ko, hok kakok ko... hok ni lombo brapo? (anak ke brp)..?".. ku cuba melayan mereka seramah mungkin.. "  ya la, hok ni la hok nok gi tu.. nombor 5.. kakok pado Mukhlis (Makelih...sebutan mereka..hee..~~ jgn marah ye Lih..nnti x hensem =p)..mok cik2 doa la ko ambo..".. " Mek nok gi ngaji bahagiye mano?." giliran mak cik lain pula menyambung persoalan.. ni biasanya soalan dari mak cik yang lebih advance ^_^.. "Insya Allah, ambik Perubatan, ..doktor..".. " Oh, doktor jugok ko hok  ni?..kakok hari tu gi ambik doktor jugok dok?.. dey ko dok kelik (balik) nok brubat mok cik, takut kelik pah ni mok cik tak dok doh ko, tok tahu..".. sedih pulak ayat makcik2 ni... " Insya Allah, doa2 biar panjey umur,.kito pun biar mudoh2 ngaji blako...mitok jasa mok cik2 la doa ko ambo retek...pah, duk la dulu deh, ambo nok masuk dapur smeta.." .." Eh, takpo, tok payah susah2 la.. beteley (kebetulan) lps smaye asar jah pun.. singgoh smeta..takpo2.". " Eh, bakponyo, tok susah pun, mugo ado doh.. smeta jah deh.."..segera ku membalas ringkas..

* bila dah nak beransur, ada sahaja yang menyelitkan wang ke tangan ku.. wang saku utk perbelanjaan ke Mesir katanya,. jujur ku katakan, sumbangan mereka kpd kami sblm ke IPT mencapai ratusan mungkin > 1000 ringgit..
( Ya Allah, Rahmati mereka sama ada yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia)..
_mrk mengajar kami indah hidup bermasyarakat..._


**banyak lagi scene2 lain yang saya sangat ingin nostalgia itu berulang kembali... smoga generasi2 slps kami juga dapat peluang utk terdidik dalam susana begini... kekalkan warisan ini Ya Allah.. ameen..